Conteng conteng dengan photoshop

Bila terlajak bosan sis suka lukis lukis, conteng conteng. Tapi sis lama tak melukis. Boleh kata kat matrik takde sorang pun tau sis suka main lukis lukis. Eh ada, sorang. Haha. Bagi mengisi masa lapang yang sangat panjang ini. Sis try guna laptop konon nak fefeeling mencabar sikit tapi tulah. Sis banyak termenung duk fikir macam mana nak buat. Haritu dah buat kan tapi tak cantik pun. Serius, lukis pakai tangan lagi syok pastu scan masuk laptop. Settle masalah.

Haritu sis tak guna layer, yang ni try guna. Berpuluh puluh layer sis guna. Really complicated. (betul k idok eja ni?)
Asal mulut senget? Sebab sis senyum memang senget.πŸ˜‚ huhuhu

Hamek kau spek mato besar gedabak. Tapi yang ni cun sikit kan dari hari tu. Tak petok sangat. Sis guna apa ntah. Lupaq sebab sis banyak try and error. Tekan undo tekan undo. Begitulaa.



Tadaaaaa... Siap udah. Macam sis tak? Haha. Amboi crown bunga ala ala princes gitchuuuu. Nampak simple kan? Macam senang je, macam mudah je. Senang lah bagi yang dah pro pakai photoshop. Nak kalerkan tak pandai sangat. Nak bagi shadow ngan tona tona sekalian alam. Pape jelah. Masa sis banyak habis termenung dari buat ni. Dalam dua jam lebih kutt baru siap. Ntah2 lebih lagi. πŸ˜‚πŸ˜‚

Btw, abang sis kerja as animator. Ala, kerja yang buat kartun 3D macam upin ipin tu tapi bukan upin ipin lah. Dia syarikat lain and kartunnya pernah tayang dalam tv hari tu. Sis pernah tengok dia mengedit kartun tu and sis pun teringin nak cuba buat kartun macam tu. Siap gerak gerak lagi. Kiutt. Hihi
Inshaa Allah, kena bagi pro pakai Photoshop dulu.

Huhuhuhuhihihi

Bila tak install snapchat

Assalamualaikum

Tengok kawan kawan lain main filter snapchat yang ada pakai crown bunga lepas tu mata bersinar. Lawa kan? Sis pun nak juga tapi malas nak install Snapchat. Perlu ke? Ok realiti sebenar tak nak install sebab ketandusan space. Huhuhu. Sadis

Hahaha, muka haku ke ni?? πŸ™ˆ
Edit dengan picsart je.
K tu je
Kbye
Kbye
Babye


Random Bebel: Teringin

Teringin? Kau dah kenapa mizah tetiba teringin? Mengidam eaaa?? Haha
Asal cakap teringin je kata mengidam. Teringin dengan mengindam tu bukan benda sama ke? 😐 
Yes teringin, tapi bukan teringin nak makan apa. Just teringin nak jadi macam member member lain. Yela, hari hari tengok kat instagtam, wechat, favebook diorang asyik jalan jalan. Pergi sana sini. Makan sana sini. Main sana sini. Sis pulak just mereput dalan rumah macam manusia takde hala tuju. Kadang kadang je keluar pergi bandar tu pun ikut je mana mak pergi. Bila kita je yang cuti, mak ayah kerja memang takde makna nak keluar jalan jalan. 
Kawan lain?
Bukan takde kawan, tapi macam tu lah, sis dari form one lagi memang sekolah jauh dari rumah, jadi kawan kawan pun semua duk jauh jauh. Sekarang sis je yang cuti, yang lain ada yang baru masuk sem baru. Nak tunggu cuti sama sama payah aih, mungkin raya nanti baru boleh jumpa. Yang tengah cuti sama sama ni pun senasib dengan sis, terpaksa mereput dekat rumah sebab masing masing sebab takde lesen dengan penakut nak driveπŸ˜‚. Tapi diorang tak apa, kat rumah ada adik kecik, bila bosan boleh main dengan baby. Sis tahun lepas adalah adik kecik sebab family asuh sepupu kecik sorang. Dari baby lagi jaga tapi dia dah masuk tadika. So, dia jarang ke rumah sis. Bila bosan boleh buli dia masa tidur. Ish, tercerita pasal sepupu pulak.
Alahai bosannya. Nak gak travel, jalan jalan. Tapi poket kosong takde guna gakπŸ˜‚. Ermm.
Sis teringat kata kata seorang lecturer sis ni
"bila cuti ni, awak banyakkanlah habiskan masa dengan family. Sebab tahun ni saja awak boleh spend full time sepanjang puasa dengan diorang. Nanti dah belajar payah nak puasa sama sama apatah lagi kalau belajar luar negeri."
Yes, setuju. Sebelum ni, sis ada dua orang kakak yang study luar negeri. Bila bulan puasa diorang akan balik malam sehari sebelum raya. Setiap tahun macam tu. Kalau sis memang tak kuadd😭😭😭
Tapi apa kena mengena nak pi travel dengan puasa?. Banyak mengarut betul lah kau ni mizahhh.

Alaa, bosan. Sebelum cuti kemain pakat plan nak jejalan sama sama, nak daki bukit sama sama, nak keluar makan sama sama. At last, mereput tengok dinding, dinding tengok aku. Hmmm. So sad. 
Ok dah mizah, type panjang panjang nanti makin banyak kau mengarut. 

Pengalaman pertama menderma darah

Hai assalamualaikum. Tadi entah camne sis teringat pasal derma darah. So datanglah ingatan masa first time derma dulu. Yelah, kan syarat nak derma kena 18 tahun ke atas, kalau belum kena permission dulu tapi sis dah 18 masa tu. Dah lama dah simpan hasrat nak derma tapi masalahnya sis ni fobia dengan benda tajam. Pantang kulit luka sikit, sikit sangat dah rasa satu badan. Kadang kadang tengok orang yang luka pun sis boleh rasa sakit dekat badan sis. Apa punya fobia laa. Then, sis ada seorang roomate ni nama aqila memang bersemangat bab bab ni. Dia lah yang ajak sis. 
Mula mula nurse cek berat badan, ok pass. Diorang nak 49kg ke atas tak silap lah.
Check jenis darah, sis darah B! Lagi satu diorang check kepekatan darah kot, member cakap hemoglobin. Apa apa jela, ok pass. Lepas tu check tekanan darah, ok pass. Dan tibalah waktu yang di tunggu tunggu. Jeng jeng jengggg.
Muka berdebar cuak takut macam macam ada πŸ˜‚, si qila ni tangkap curi curi pulak.

Lepas si qila siap record lagi. Sis tak tengok, pejam mata takut sakit. Mula mula nurse tu sapu ubat, ubat bius kot, lepas tu dia cucuk something tak tahu lah apa benda tu, lepas tu baru dia cucuk guna jarum macam kat gambar. Mula mula tengok ya Allah, besarnya jarum😱. Nurse tu cakap jangan ketar sangat nanti awak pengsan.

Disebabkan first time so prosesnya agak lambat lah. Dalam setengah kot baru siap sebab darah lambat mengalir. Nak tau sebab apa?
Sebab sis tak ngepam betul betulπŸ˜‚. Sis just genggam tangan macam tu je. Tak tekan pun sebab takut sakit. Penakut betul.


Masa ni tengah pam darah. Sebelah tu la si qila. Bahagia la dia sebab dah selesai. Sis dah macam tak terurus dah. Derma darah je pun bukannya nak beranak.πŸ˜‚

Selesai pam darah, nurse suruh buat tangan macam qila buat dalam gambar tu. Untuk bagi darah turun kot. Entahlah, sis bukan tahu sangat bab bab ni. Budak akaun katakan.

Alhamdulillah selesai jugak.
Dapatlah sijil, sapu tangan free dan makanan free.

Masuk sem dua, sis cuba menderma lagi. Sebab dah ada pengalaman hari tu, cuak jugak tapilah seteruk hari tu. Jarum tetap takut nak tengok.πŸ’‰


Muka steady konon. Padahal dalam hati tu dub dab dub dab dengan kencang.

Time ni kelakor sikit. Sis mula daftar dalam 1.45 pm kot. Mula mula ingatkan pukul 2 kelas cancel. Lepas tu dapat mesej pensyarah nak buat kelas pukul 2.30 tak silap lah. Punya kalut. Kemain mengepam kuat kuat. Dalam 15 minit siap dah pam. Lepas tu dapat mesej kelas batal balik. Aiyoyo. Tapi bagus jugak sebab lepas tu memang penat sangat sangat. Balik bilik terus tidur.

Kali ketiga tak sempat sebab syarat dia kena cukup tidur sebelum menderma. Sis tidur lewat malam tu. Sibuk katakan.

Jadi, itulah pengalaman sis. Semuanya lancar. Sepatutnya merasa masa zaman plkn lagi tapi sis keluar awal dari kem sebab faktor kesihatan. Kawan kawan ada mengadu sakitlah, tempat cucuk tu lebam lah, nurse tak jumpa urat lah dan macam macam. 

So, sesiapa belum cuba tu bolehlah cuba, sebab nurse ada cakap kalau kita berjaya menderma tu tandanya kita sihat. Mungkinlah. Sebab roomate sis masa kali kedua dia tak boleh sebab masa check darah tu tak sampai syarat. Kesian dia. Huhu. Ok lah, itu je sis nak share. Bye bye

Pasni nak derma lagi ke? Inshaa Allah. πŸ˜‰



Wordless Sunday: Rindu

Rindu geng paling rapat. Anis yang setiap ada je lawak spontan dia. Ira yang sokmo loading bila buat lawak yela, orang lain habis gelak baru dia pick upπŸ˜‚

Rindu roomate sem satu, Aina orang pertama yang dikenali, roomate yang paling comel dan kekadang kelakar. Zakiah yang bising dan kelakar, suka bergaya dan karouke( betul tak eja ni?) dalam bilik. Aqila yang mulanya sangka pendiam tapi rupanya suka menyakat sis serta guru akaun dalam bilik.

Rindu roomate sem dua, Naqi yang suka dengar lagu korea, rajin study tak kira siang or malam dan suka berkarouke dalam bahasa koreanya. Suniesa yang cantik juga sama dengan Naqi suka study sambil berkarouke dalam bahasa siamnya.

Rindu classmate pratikum A3T6, Nat yang comel dan sangat rajin dan selalu genggam 4flat dalam exam. Baa yang cantik dan baik hati walaupun suka menyakat sis. Anatun yang kecil molek tapi mulutnya boleh tahan pedas cili api.

Rindu pratikum gabung A3T5, Siti yang nampak innocent tapi kaki movie. Anis yang baik hati dan seorang kaki video game. Priss yang lawa dan selalu bersemangat buat kerja dalam kumpulan. Suhaila juga kawan rapat Anatun yang suka mengusik sis. Nani yang lawa bersama tabnya. Azzam yang entah pape sekejap baik sekejap sombong.

Rindu pensyarah sem satu dengan sem dua. Madam Juliana yakni mentor A3T6, Miss Izra, Madam Suraya, Madam Tang, Madam Mazni, Sir Wan, Sir Shahrin, Sir Kamarul, Ustaz Amir, Sir Bashiran, Madam Sulastri, Madam Lina

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Rindu classmate kuliah yang tak tertaip nama namanya.πŸ˜…

Rindu kawan kawan luar kelas. Kenalan baru. Sudi berkawan walaupun berlainan kelas, kuliah, aliran dan blok.

Dan terakhir

Rindu crushπŸ™ˆ yang mungkin tak dapat jumpa lagi.

Sayang semua 😘😘😘

Tajuk wordless tapi dah macam wordmore. Apa apa jela
Update: dear prissana, jangan merajokk 😭😭😭

Cabaran di Matrikulasi Kelantan

Hai assalamualaikum, semalam dah post pasal event yang ada kat matrik. Hari ni cabaran pulak. Bagi sis tak banyak pun. Dan tak menyusahkan pun. Hehe.

1) kewujudan charlie. 
Kenal charlie? Seranggan kecik yang berbisa tu. Rasanya kebanyakkan tempat belajar memang ada menatang ni. Kalau tak kenal hang pi google. Alhamdulillah setakat sis tak pernah kena bisa lagi. Sebab setiap kali sis nampak je seekor sis terus bunuh. Hehehe. Macam kejam je. Tapi memang betul dia punya bisa tu bahaya. Macam mana sis bunuh? Sis guna sabun yang jenis cecair tu. Biasanya yang sabun basuh baju tu dia tajam sikit. Sis titikkan atas charlie tu lama lama dia mati la. Kalau terkena gak bisa dia pi ngadu ke felo cepat cepat sebab diorang mungkin ada ubatnya.
Kecik kecik cili api menatang ni.


2) ampaian. 
Yang ni pun agak mencabar gak untuk siapa yang dapat aras bawah. Korang penat penat basuh lepas tu pi sidai baju. Bila nak pi angkat kain jadi berlengas sebab apa? Sebab air kain sidai aras atas menitik. Memang sangat menguji kesabaran. Tapi apa sis buat? Sis beli plastik lutsinar yang korang buat alas meja. Bukan yang balut buku teks tu tapi yang tebal sikit. Selepas selesai sidai, korang letak la plastik tu pulak. Selesai masalah.

 3) masalah air.
 Yang ni masalah paling femes. Kat tempat lain pun femes gak. Kat sekolah kalau duk asrama memang selalu macam ni. Tapi bukannya setiap hari takdak air. So nasihat sis bawak baldi lebih or besar sikit. Sis menyesal bawak baldi kecik. Terpaksa lah isi air dalam botol besar. Oh ya, senior korang ada warkafkan (betul tak aku eja ni?) baldi, tikar dan macam macam untuk korang, ambiklah ya. Ikhlas dari kami. Wink

Rasanya tu je cabaran dia. Hmm
Bilik air? Dont worry dear, bilik air kat situ cantik. Sebab kolej baru kan hehehe. Setiap hari akan ada mak cik datang basuhkan tandas, nak harapkan pelajar memang tidok ler.

Kalau korang nak pi outing, perkhidmatan bas ada tapi tu untuk nak outing jauh jauh macam ke kota bharu. Yang dekat dekat korang boleh naik teksi or prebet pun boleh sebab cas rm2 untuk satu hala ke Kok Lanas. Tapi kalau korang naik prebet or teksi ke kota bharu memang mahal ler. Naik bas murah sikit tapi kena berebut la ya. Hehe


Nah sekeping dua suasana kolej matrikulasi kelantan. 
K tu je sekian.

Best tak belajar dekat matrik?

Hai, assalamualaikum.
Haha, tadi baru je post pasal resepi ni nak post pulak. Bukan apa, sis belum mengantuk lagi, sejak cuti memanjang sis setiap hari jadi burung hantu. Muka pun dah nak macam burung hantu dah. Erkk
Ok, kat sini sis nak share apa ada dekat kolej matrikulasi kelantan sepanjang sis belajar kat situ lagipun tak lama lagi hari untuk korang yang accept nak pi belajar situ dah tak lamakan. All the best lah untuk dah tahniah sebab korang korbankan masa nak berbuka puasa dengan family pada hari pertama but dont worry sebab akan ada hari hujung minggu yang bagi korang peluang pulang ke waktu berbuka puasa bersama tersayang. Hehe. K dah.
Begini, ada junior junior tanya 
"kak mizah, best tak belajar matrik?"
"senang tak nak belajar?"
Blablabla

Ok macam ni, best tak best sebenarnya atas kita. Bagi sis, mula mula tu memang sis rasa macam tak best je, macam tak syok je, macam ngeri je. Yela, sebelum dapat pi matrik, sis mendapat gangguan psycology. Hahaha, bukan gila okey. Kakak kakak sis selalu cerita kawan kawan dia ada yang tak tahan duk matrik. Dua tiga minggu terus check out. Ada yang terlampau stress belajar situ. And bertambah pulak anak makcik jiran depan rumah duk setiap hari call mak dia cakap "mama, adik tak kuat. Adik nak keluar maaa.." menangis maknya masa otp. Makcik tu sendiri cerita dekat mak sis sambil mengalir air mata. Sis yang duk sebelah buat muka budak darjah satu. Tak tau pape. Huhu
Macam tu lah gangguannya, awal awal tu memang sis reject matrik tapi terpaksa accept as backup kalau tak dapat tawaran upu. And yes, sis takdapat upu. Sadis.

Pada hari kejadian sis and family pi lah ke kolej yang baru berumur 2 tahun ni. Dengan muka burn sebab baru balik dari berkhemah. Sebab tu gambar dekat kad pelajar sis hodoh. Lagi sekali sadis.
Naik bilik, sis langsung takdak mood. Muka harimau je. Roomate sis tengok sis masam je muka, dia pun masam jugak. Haha. Lepas je semua settle. Barulah mula bertegur sapa. Bila mula kenal tak garang pun. Mesra dan lemah lembut. Haha. Dalam bilik sis, sis sorang je mulut bising. Bising sangat. Erkk
Oh ya, tu maknanya sis dah bahagia. Haha. Sebab sis bukan jenis homesick. Memang dari sekolah rendah, sis pernah duk asrama sekejap, naik sekolah menengah dari form one sampai form five duk asrama. Masa masuk tu takdenya sis duk celah locker berjebek air mata nangis terkenang rumah. Takdak ok. Sis seorang yang tabah(konoonn). Kalau takda geng sis senyap jelah. Baca buku, tidur. Hmm
So, kalau korang nak rasa bahagia duk tempat orang korang kenalah pandai berkawan. Rajin bertegur sapa. Tahulah sayang geng sekolah lagi tapi janganlah sampai tak nak kawan baru. Sis kat kolej tu ramai kenal kenalan baru. Ada yang dari kelatey of course, terengganu, pahang, kedah, pineng dll. So, sis tak rasa lonely.
Ada yang kata hidup kat matrik ni lifeless.
Memanglah lifeless pun kalau korang bangun pagi, mandi, pi kelas, makan, tidur. Duk rotate benda sama je setiap hari. Dah tu bila outing pulak pergi balik rumah. Memang lifeless. 
Haha. Jadi nak elak jadi lifeless korang kenalah aktif dan semangat sikit. Petang petang pergi lah riadah, jogging ke, main bola ke, badminton, volleyball, panjat bukit, selfie, buat date..eh tak tak, yang tu jangan. Buat benda yang rasa seronok tapi berfaedah. Joinlah kakom untuk minat bersukan. Bila pergi surau joinlah usrah, ceramah ke apa. Join kelab yang ada.  Bila ada yang buat event macam sukaneka, quiz, treasure hunt ke apa, rajin rajin kanlah join. Tapi join join jugak, akademik jangan sampai ke laut. Jangan jangan. Masa kena pandai manage tau. Tersilap langkah, naya.

Panjang dah sis membebel. Dah ni gambar sikit , kalau taip panjang panjang korang bukan baca sangat pun.
Ini masa sambutan bulan kemerdekaan. Kalau dah namanya kolej matrikulasi kelantan wajiblah ada kelab dikir barat. Joinlah, ambil pengalaman.


Ni semasa persiapan sambutan hari raya

Kakak kakak cun semangat. Haha.

Btw sorry takda gambar sambutan tu sebab majlis tu malam hari dan gambar semua tu entah ke mana. 

Sambutan tahun baru cina anjuran chinese students. 

Masa ni program GenQ tak silap. Boleh merasa naik kuda.

Usrah perdana. Setiap hujung minggu akan ada usrah selepas magrid.


Karnival kerjaya. Jangan tanya mana budak budak laki sebab sis pun tak tahu diorang ke mana. Tengah dating dalam mimpi kot.


Sambutan hari raya anjuran Sahabat Al Fateh. Korang joinlah kelab SAF ni sebab banyak kelebihannya. Sis jadi ahli je.

Hari Sukan Negara. Yang ni semua sekolah memang akan ada event ni.

Masa ni Larian Kakom kot. Lebih kurang merentas desa camtu. Best walaupun tak dapat nombor. Hmm

Program ni best, namanya Math Shopping. Kami kena jawab soalan setiap booth, mata yang dikumpul akan dapat hadiahnya. Siapa paling banyak kumpul mata dapat hadiah lumayan. Special dari unit matematik. Amboi, promot ke? Hehe




Program ke luar kolej pun ada. Cuma sis tak join mana. Yang ni pun sis malas gak nak join tapi di paksa oleh member. Dia duk keluar ayat sedih dia "lepas ni kita dah takleh nak keluar sama sama." 
 sis ni kalau dengan member rapat memang cepat rasa simpatinya. Konon. Haha, tapi nasib baik seronok gak lah.

Destinasi pertama kami ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Macam tu lah nama dia atau terbalik. Apa apa jelah. Ni sis first time memanah. Terketaq ketaq tangan. Tapi lama lama sis jadi seronok nak memanah. Macam ketagih pun ada.

Petang tu pergi ke Tanjung Piai tapi malangnya hujan takleh masuk kesiannn.

Paling tak boleh lupa, pergi pasar minggu dalam keadaan hujan. Sis dengan member redah je hujan tu. Dah lah lebat. Masuk dalam bas terketaq ketaq sejuk.



Esoknya p melawat ladang nenas. Gigih betul sis borong nenas kat sini sebab sis memang nenas lover dari dahulu kala.

Lepas tu pergi pusing pusing Johor. Kami bermalam sehari je dekat kolej tu. 

Nak balik tu paling erghh, sis duk area Kuala Berang, bas of course tak lalu area tu. Macam macam alternatif dah sis fikir tempat terdekat. At last, dekat Kuala Terengganu jugak mak pak sis kena jemput sis. Dah lah lewat malam, dengan mengantuknya, dengan nanonya. Haha, pengalaman

Eh, tercerita pasal lawatan pulak. Hee, sorry.

Balik dari lawatan tu, kami adakah aktiviti memanah. Yang kelakar masa ni sis terlampau semangat sampai tak kisah langsung dengan cuaca panas. Balik bilik terkejut tengok muka macam udang terbakar. Esokkan demam panas, selesema batuk semua ada. Tapi sis tetap pergi kelas. Kelas is nombor one! Haha



I
Dinner! Biasanya ada bila nak dekat dekat habis matrik. Dia macam jamuan akhir tahun lah.


Banyak lagi programnya, tak larat nak taip panjang panjang. Yang pasti semua best walaupun agak menganggu hujung minggu tu.

Ok , then kalau masa belajar korang kena serius, jangan buat lecturer sedih tau. Belajar semuanya susah. Masuk matrik ke, universiti ke, form six ke kalau tak rajin, tak berusaha, tak ke mana jugak. Rajin tu penting, tak faham tanyalah, jangan di pendam. Fikirlah masa depan korang, mak ayah korang. Jangan tahu nak enjoy je. Hubungan Allah kena jaga selalu. Ok dearest. 
K tu je, all the best sis ucapkan. Bye bye

P/s: kalau ada typo ke, ayat merapu ke apa. Abaikan jelah. Sis malas nak semak semula. Hee. Lagi satu kalau ada ayat yg mengguris perasaan walaupun tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali yang di mention harap di maafkan. K bye. Muahciked





Resepi Spaggeti Tradisional Mudah

Hai assalamualaikum, hari ni nak share resepi yang mudah mudah je utk korang. Kebetulan tadi sis masakkan spaggeti ni untuk family. Alhamdulillah licin. Haha. Ok, kita straight to bahan bahannya.
1) mee spaggeti (sis guna jenama kimball)
2) sos spaggeti tradisional (kimball jugak)
3) sosej, daging cingcang (sis guna daging burger yang di lumat) (nak letak ayam, udang, sotong pun boleh)
4) carrot, bunga kubis, cili padi, bawang besar

Cara- cara
1) letak air dalam periuk, masukkan sedikit minyak masak dan garam. Minyak tu untuk elak mee melekat lekat. Biarkan mendidih lepas tu baru letak mee. Biarkan dalam 20 minit (lagi lama lagi bagus). Angkat dan toskan.
2) panaskan minyak sikit dalam kuali lepas tu tumis bawang hingga wangi. Masukkan sosej yang dihiris kecil dengan daging kisar tadi. Kacau biar rata dan masak sikit.
3) masukkan sos spaggeti tadi then guna bekas sos tadi untuk letak air, masukkan dalam kuali jugak. Kacau dan biarkan mendidih.
4) letak garam dan gula ikut rasa masing masing. Gula untuk elak rasa terlalu masam
5)masukkan sayur sayuran yang di potong halus. Kacau dan biarkan sayur masak dan kuah kering sikit. Jangan biar terlalu cair atau pekat.
6) dan siap. Sedia di hidang untuk keluarga

Selamat mencuba!
J
 

Stokin dan Perempuan

Hai assalamualaikum. Malam ni sis teringin nak share macam mana sis boleh kekal berstokin.

Sebelum tu, kalau korang ada terbaca post post sis yang lepas tak silap yang dua tiga tahun lepas macam tu sis ada kata nak bertudung labuh. Macam tu lah. Tapi malangnya sis tak cukup kuat. Iman ni ada naik ada turunkan. sis rasa erm payahlah nak pakai tudung labuh. (memang iman tak kuat sangat) so sis decide nak pakai tudung tapi syarat wajib labuh depan untuk tutup dada and belakang untuk elak terangkat. Sis takkan ikut trend pakai shawl yang sekadar tutup kepala saja tu. 

 Berbalik kepada tajuk pulak. Sis seorang yang tak suka benda yang rumit. Memula sis rasa pakai stokin macam menyusahkan giler. Kalau boleh tak nak pakai stokin. Rasa kaki tak boleh bernafas. Nak sarung macam tu je kasut tu. Tapi tak boleh sebab kaki sis pantang tak pakai stokin memang melecet habis. Terpaksa gak pakai. Then one day, masa tu awal awal sem lagi kat kolej, member ajak study group. Dia ajak sorang member lelaki ni. Sebab study group malam, kami pakai selipar jelah. Mula2 tak rasa pape lepas tu sis tertengok kaki sis. Tiba tiba terdetik rasa malu dengan kaki sendiri. Tapi sikit jela. Nak kata kaki berparut ke apa takde pun. Sama je macam orang lain. 
hari lepas tu, roomate ajak riadah or teman pi kafe macam tu lah. Sis tengok dua roomate sis pakai stokin sebelum kami gerak. Lagi sekali rasa malu dalam diri timbul.

 Kenapa diorang boleh pakai stokin bila nak keluar tapi sis tak boleh? Kaki kan aurat.

 Then sebab tu lah sis decide nak pakai stokin. Terpaksa bekorban gak walaupun masa tu stokin ada 2 pasang je kott. Sekadar syarat nak masuk kelas dengan bersukan. Lepas tu beli banyak banyak stokin dengan warna warni nya biar semangat nak pakai selalu.
Alhamdulillah sekarang sis dah terbiasa dengan stokin. Thanks to roomate sebab support sis selalu. Bila nak keluar jejalan, kalau tak pakai rasa macam tak pakai tudung. Rasa terdedah je. Pernah je sis badmood sebab stokin hilang. Sanggup lambat ke kelas sebab cari stokin semata mata. 
 Malu bila orang lelaki tengok kaki padahal bukan ada apa apa pun. Tapi orang memandang tu kita tak tahu apa diorang fikir. Macam macam.

So, bila sis tengok pompuan sekeliling tak pakai stokin rasa macam "sayangnya, kaki lawa tapi kenapa tak tutup kaki tu " "tudung dah cantik tertutup tapi kenapa kaki tak tutup sekali." rasa kesian. Nak tegur tapi tak kuat. Sis penakuttt. Sis harap sangat one day terbuka hati diorang nak tutup kaki tu. Berharap sangat. Insha Allah . Aamiin.


K tu je sebenar nak sampaikan. Sorry kalau tak menarik

Nukilan Seorang Perempuan

Hai, assalamualaikum.
Nukilan ini dipetik dari akaun ig @usrahsantai
 
 Perempuan. 
Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.

Nak jaga hati.

Tak nak lagha.

Tak nak fikir yang sia sia.

Kadang kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.

Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.

Perjalanan dalam hidup ini jauh.

Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.

Salah satu cabang yang penting.

Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.

Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.

Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.

Selalulah untuk berada di tengah tengah.

Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.

Genggam kemas hati itu baik baik.

Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Ada satu masa.
Allah pasti akan satukan dua hati menjadi satu ikatan yang halal.

Mana yang lebih penting? Berusaha mendapatkan jodoh ataupun berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.



Hadiah Hari Guru

Hai assalamualaikum
Exceli, bukan sis yang nak bagi hadiah untuk cikgu tapi adik sis. Budak ni mintak sis tolong balutkan hadiah untuk cikgunya sempena hari guru yang akan berlangsung esok di sekolahnya. Hadiahnya sebijik je, biasalah budak sekolah menengah. Sis last bagi hadiah ke cikgu masa form one kottt. Teruk nau. Ok, so hadiahnya coklat bar. Coklat mahal kott sebab beli dekat seven eleven. Silap tempat beli. Biarlah. Tak banyak pun, beli yang mampu je. Student kott. So, cadangnya nak buat coklat macam sejambak bunga. Ala, yang biasa kapel kapel beli tu. Suami isteri tu beli gak. Apa apa jela. Haa, macam tu lah plannya. Tapi apakan daya. Haku ni bukan sejenis manusia berjiwa seni. Haha. Nak buat tisu pun tak reti. Nak balut jadi jambak pun tak reti. Berapa puluh kali dah duk ulang ulang video tutorial payah jugak nak follow. Tangan keraihh oii.
Macam ni lah rupa yang kami nak. Sweetkan? Ni kan dah macam nak pi melamar cikgu ni. "oh cikgu, sudikah cikgu bagi A percuma kepada saya?" 
 Bila lah gamaknya pakwe hakak nak kasi cenggini. Kalu buleh nak hok lagi besooorr. Hahaha. Eh, lupa takdak pakwe. Kesian ko mizah. Sokey, nvrmnd
Ni la benda alah yang adik sis sediakan. Empat ketui jah. Lagi seketui masuk perut sis haa. Huahuahua. Plan nak beli lolipop tapi bila fikir balik gigih ke tak cikgu tu nak habiskan lolipop tu. Banyak kot. Kalau bagi ke anak beliau nanti rongak gigi makan banyak banyak. K, alasan je tu.
Tengok tu video siap duk sebelah lagi. Tapi buat tak jadi jadi gak. Feed up pulak kita kan. Rasa nak sumbat je coklat tu dalam mulut. Hehehe
So, sis ingat nak buat sesimple mungkin jelah. Janji hadiah ni selamat singgah di tangan cikgu kesayangan adik hakak ni.

Maka beginilah rupanya dengan sekuntum bunga yang di ambil dari bunga telur kenduri kahwin. Simple kan. Kalau adik sis nak topup pape lantak dia lah. Sis dah malas nak layan. Hehe. Nak tutor gak ke? Senang jah, kau sumbat bahan dalam kertas tu lepas tu kau pulas. Macam gula gula gituuu. Maka siaplah. Gula gula gergasi.

Last but not least, nak ucapkan 
SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di sekolah, kolej, madrasah dan universiti serta juga buat insan insan yang sudi berkongsi ilmu dengan orang sekelilingnya. Jasa anda amatlah dihargai.

K, itu jela cerita tengah malam ni. Huhu.