17 Ramadhan, Salam Nuzul Al Quran

Alhamdulillah, sudah 17 hari umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadhan di muka bumi ini. 
pada hari ini juga ialah Hari Nuzul Al Quran dimana berlaku peristiwa Al Quran diturunkan pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Doa Hari Ke 17
Ya  Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah
Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,
Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala
Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

sama sama lah kita manfaat kan hari yang mulia ini. hari ni, family mie adakan majlis tahlil dan majlis khatam quran. nasib mie baik sebab kena hari mie balik kampung.



salam keikhlasan dari

Masih belum terlambat.. SELAMAT BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

akhirnya sudah dua hari kita selamat berpuasa tahun ni. fuh! nasib takda apa apa yang terbabas.
hari first puasa mie kat hostel. serius tak best. nak cari tempat berbuka pun susah. siap gaduh lagi. tapi nasib baiklah bukan gaduh besar. bulan puasa tak elok gaduh gaduh kan. hari ni baru tenang mie nak berbuka sebab balik rumah. juadah sederhana je. tak pergi pun kat bazar tadi.
  
di bulan yang mulia ini, mari penuhkan hidup kita dengan ibadah kerana pahalanya berkali ganda dari biasa.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)


ok la, malas nak taip banyak banyak. mie just nak ucapkan
Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat berpuasa





Hanya Tiga Perkataan


sedih and menyesal! tu je perasaan yang boleh mie cakap. tak sangka only three words, mie dah lukakan hati bff mie. patut la sebelum ni mie ada perasan yang dia kurang rapat ngan mie. rupa2nya sebab mie terlepas tiga perkataan tu. 

"jangan ikut aku!"

i'm sorry my friend. i know i'm bad with you.

nasib baik dia kasi tahu malam tu. dia kata selepas mie cakap macam tu dia menangis dalam bilik air, then dia fikir nak keluar asrama disebabkan mie. patutlah sebelum ni member lain ada cakap yang dia nak keluar asrama. tapi hasrat dia terbatal lepas gadu ke ibu dia. ibu dia cakap ramai lagi kawan yang lain kat asrama tu. sejak tu lah dia mula rapat dengan orang lain tanpa mie sedar.

masa dia cakap pasal tu dekat mie, mie ketawa. nampak macam tak bersalah. tapi realitinya mie menangis dalam hati. rasa bersalah jatuh bertimpa timpa atas kepala. teruknya mie.

dia ialah kawan rapat mie selepas Fina. dia lah yang selalu dengar luahan hati mie sejak form two lagi. mie senang kawan dengan dia sebab dia macam sekepala dengan mie. apa yang kami buat kalau boleh nak sama sama. tapi tahun ni kami tak dapat bersama sebab mie ambil aliran perakaunan tapi dia ambil kejuruteraan. cita- cita kami tetap berlainan.

dia kata dia jenis tak kisah. tapi dalam dia tak kisah tu, dia tetap ada hati dan perasaan.

mie nak kita kawan macam dulu. rapat macam dulu. kita tetap BFF !!


hadiah dari dia sempena birthday mie ke 16. thank you my dear.

p/s : hargailah kawan anda dengan baik selagi dia ikhlas bersama kita.