2013 on the way

Assalamualaikum and hai semua, hari ni saya tak tau nak sembang ape sebab saya tengah badmood, pening kepala bagai, banyak sangat problem dalam otak ni. nak buat cam mane kan? Redha jelah. Kuatkan diri.

So, macam biasa, seperti orang lain, saya nak ucapkan Happy Last Day for 2012 and Happy New Year. Saya wish awal sebab saya nak tidur awal. masih budak sekolah katekan. Okay lah, sampai sini jelah. Sekian..Good night ^^

cantik tak?  (tak pun) doodle ni saya ambil dari someone sister ni tapi dah lupe name. so, jangan tuduh saya curikk doodle ni. 


cuti dah nak habis

Adoiiyaa, cuti sekolah dah nak habis. Omaigat omaigat, banyak benda belun sedia lagi. Asal awal sangat buka sekolah ni? Takleh ke tunda next week ke, next month ke, next year ke. (banyak la kau next year, baik takyah pi sekolah teros..) hehehe, SERIOUSLY, tak ready lagi!! barang entah ke mana, baju entah ke mane. Dah lah kene stay dekat asrama. nak buat camne kan, jarak sekolah dengan rumah 20 kilometer lebih. (Padan muke kau ambik sekolah jauh- jauh. :') ) terpaksa.

Kalau masuk asrama 31 ni,,, Oh NO !! giveaway! melepas laa pasnim..huhuu.. sodeehh,,
tak ape la kan, dah takder rezeki,, cuti panjang nanti, nak join lagi.. sesiapa yang buat giveaway ke, segmen ke, jemput- jemputlah kite join ye..hehe..

ok la, sampai sini jelah, sekian,, selamat malam..



My First Art


seriously,,, so udoss, tangan kudong pulak tuu..my bad ='(

tak pandai buat tangan la...

Sorry, salah nombor..

Hai guys, hari ni saya nak citer sikit pasal unknown number ni. Sejak dua tiga empat enam lapan seribu mejak ni, ada je nombor sesat yang entah siape entah naik dalam henfon saya. Mule- mule saya buat 'dunno' je. Malas nak layan sebab nombor baru. Sekarang umur nombor saya dah masuk 11 bulan lebih rasenye. 
Tapi sekarang memang takleh nak 'behave' dah! Geram sangat dah ni.! Bayangkanlah dalam dua minggu ni saya dapat 6 nombor yang kononnye tersesat jalan. Rasa cam tak logik. Sebenarnye, 5 nombor je tapi semalam dapat pulak. 
Kalau saya angkat then cakap salah nombor, saya boleh terima lagi sebab boleh dengar suara si pemanggil sesat tu tapi ini tidokk! Buat missed call ja. Send mesej tak reply. Dan ada jugak yang nak cakap dengan ayah saya. Macam- macam. Nasib baik saya tak bagi sungguh ke ayah saya biar dia je yang cakap. Ni yang semalam. Saya dapat call dari unknown number, saya oncall je *takde suara* beberape saat kemudian *off*. Eh? Saya pun hantar mesej ke manusia sesat tu.

me : Sape ni?
manusie sesat : maaf, tersalah nombor. Saya Fandy. Awak?

ayat die lebih kurang camtu la, saya dah lupa sebab dah delete.
Saya tak reply lepas tu. Malas nak layan.
tu semalam, pastu hari ni saya tengah duk shopping dengan family. Dapat unknown call lagi. Situasi yang same tetap berlaku selepas saya oncall. Geram sangat mase tu sampai sumpah seranah bagai ke mamat Fandy tu. 
"Dia nak apa sebenarnye?"

 Then, mase dalam kereta on the way nak balik. Saya check balik nombor tu.
Eh, baru perasan yang nombor tu tak sama dengan nombor mamat Fandy tu. Tapi yang pasti nombor tu pernah buat missed call ke saya dulu. Siape diorang ni?? *Geram+sedih+tertanya-tanya+marah+bengang*
Saya story la dekat bestfriend saya (BFF). BFF cakap saya ni glamour. Eii, tolonglah. Dekat sekolah pun saya jalan tunduk ke bumi dengan skemanya, dia cakap saya glamour? No no no noo.. takder makne semua tu. Then BFF cakap, maybe crush yang kacau saya. Eh? Yeke? Takkan lah. Tapi kalau ya, boleh diterima juga sebab sebelum crush kenal and tahu aku ada hati dekat dia, aku selalu kacau dia, buat missed call lah, letak coklat bawah meja lah. Macam- macam,,hehehe.. (ngade!!)
Btw, kepada si unknown number, kalau betul salah nombor, buat lah macam betul- betul salah nombor. Saya tahu tau sebab saya pun pernah pegang jawatan tu..kehkehkeh..
ok la, sampai sini jelah. Sekian. 
Siape la yang sudi bace entri berterabur ni ye?
 

Download Drama Adam Dan Hawa.

Hai alls, hari ni saya nak share dekat mane site yang saya download drama romantik ni. Well, family saya tak langgan Astro Mustika hd sebab dah ade Streamix. So, kalau nak tengok ape- ape. Bukak je Encik Google pastu search ape yang kite nak. So easy, so far, so good kan? Jimat la sikit. hehehe.
Aaron Aziz & Nadiya Nissa
Like, like, like sangat dengan drama ni. Walaupun tak berape nak sama dengan cerita yang ade dalam novel tapi saya lebih suka versi drama ni. Tak payah susah- susah nak imagine sini, imagine situ. Menyusahkan.  huhu (banyak songeh pulak) 
ok lah, ni link nak ke website tu. .  Just click je.

Drama Adam Dan Hawa Astro Mustika Hd Episod 1 hingga Tamat

Dalam website banyak link nak download. Pandai- pandai la korang pilih. Saya lebih senang guna link Zippyshare sebab tak banyak songeh mane.

Banjir oh banjir

Sedihlah main camni. Sekolah dah nak bukak tak lame dah. Barang sekolah belum beli lagi, tambah pulak dengan barang asrama. Sikit pun belum beli lagi. Plan nak gi beli semalam tapi disebabkan hujan lebat samapai air sungai melimpah, terpaksa tangguhkan dulu. Hari ni, air banjir semakin naik. Risau sangat ni.
jalan dah kene tutup sebab air sungai dah melimpah.

Alhamdulillah, hari ni hujan tak turun mane. Mungkin banjir akan surut tak lame lagi. Saya harap malam ni air surut, esok dah boleh shopping! Hurray!! hehehe
sekolah rendah

rumah atok.

Rumah saya duk atas bukit so, air takkan masuk dalam rumah.

>


ok la, sekian...


Memories 2012

Tak lame lagi, tirai 2012 akan berlabuh. Sedihkan sebab banyak sangat kenangan manis dalam tahun 2012. So, saya di sini nak share sikit kenangan saya dengan kawan- kawan. Entah akan berjumpa atau tidak kami pada tahun depan. Kami batch Pmr so bile tengok result, adakah ade kawan- kawan yang akan berpindah? Sedih sangat- sangat nehh..


ni kengkawan yang stay kat asrama. Diorang ni memang spoting giler. Suka sangat berkawan dengan diorang. Tapi yang sedihnya, Ada dua orang dari diorang ni tak stay asrama tahun depan. Sedih lah nanti. :(

Ni pulak time raya at school hari tu. Semua orang cantik- cantik, hensem- hensem belake sebab boleh pakai baju lawa- lawa. Saya sebenarnya tak suka pun dengan baju raya tahun ni sebab saya tak berahi warna pink. Kengkawan semua terkejut tengok saya pakai warna pink sebab saya ni PINK HATER. tapi nak buat cam manekan. Mak dah beli kain ni untuk saya. Pakai jelah.


Pagi tu kami celebrate raya. Malam tu pulak kami tunggu countdown sempena Merdeka. Hepi sangat malam tu. Selepas habis countdown, kami posing- posing semasa on the way nak balik asrama. 

Kami kan batch 97. Time ni kami selesai jawab paper last tuk PMR. Selesai je semua tu, hujan turun dengan lebat selebatnya. Kami pun tunggu apa lagi, redah jelah sebab terlampau happy!

Ni pulak friend for ever saya. Alhamdulillah, kami dapat stay at school sama- sama tahun depan. Saya sayang sangat diorang ni sebab dioranglah yang selalu bersama dengan saya. Diorang ni tak stay kat asrama  tapi dalam kelas, kamilah yang paling riuh and gempak. hahaha

Guys, I miss you alls soooo much !

Petua Untuk Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata.

Sejak akhir- akhir ni kan. Saya selalu tidur lewat sebab tengah cuti sekolah kan. Tidur lewat pun sebab duk blogging, facebooking, tweeting dan ape- ape jelah. Budak habis PMR katekan. Tak adalah homework dari cikgu. So, disebabkan tabiat ni, kesihatan pun mestilah ada terjejaskan. Alhamdulillah, kesihatan saya tak lah seteruk mana tapi kadang- kadang menyesal juga sebab tak jaga diri baik- baik. Asyik nak berseronok je.
Perkara yang buat saya menyesal ialah mata dah naik lebam! Oh malunya.. Nak keluar rumah pun jadi segan. Lingkaran hitam bawah mata saya ni memang menyerlah sangat. Tak tahu nak buat macam mane. Sanggup tak pakai lens sebab tak nak kasi orang tengok mata PANDA ni. 24 jam dengan cermin mata je. 
So, cara terbaiknya, saya scroll Encik Google yang sedia membantu ni. Alhamdulillah, ada juga petua yang saya dapat. So, saya nak sharelah petua yang saya peroleh ni.

mata saya ni teruk sangat lebamnya jadi malulah nak share sini. Saya borrow dari Encik Google jelah. hihii

1. Tea Bag :
Rendamkan tea bag dalam air suam / panas (jangan air sejuk/ais sebab tak menjadi)
Letak kat mata selama beberapa minit yang korang nak
Then, cuci mata anda dengan air bersih (jangan tak cuci / terus terlelap nanti mata bengkak!)
Buat sekerap mungkin dan sentiasa constant sampai jumpa hasil yang memuaskan
timun
2. Timun :
Potong timun nipis2
Letak kat mata
Then, cuci mata (kalau tak cuci keadaan same jugak mcm kat atas ni)
Lakukan sekerap mungkin & constant
3. Telur rebus :
Rebus telur dahulu
Ambil telur rebus yang belum dikupas kulitnya dan golek-golek pada mata dan kawasan sekitarnya anda (sound funny :P)
Lakukan sekerap mungkin & constant
4. Sudu besi :
Rendam sudu besi dalam bekas yang berisi air panas / suam
Tekan & urut permukaan bulat sudu pada tepi mata anda dri atas ke bawah (di mana terdapat pengaliran darah di situ)
Buat pada kedua-dua belah mata anda secara constant dan hasilnya sekitar mata anda lebih tengang
In Sha Allah, mata anda akan pulih seperti sedia kala.
sumber : Encik Google.

Aku semakin Bulat ke ??

Bulat? Oh tidak!! Aku tak mo, tak mo, tak mo !!
Sejak cuti sekolah ni, aku rase berat badan dah meningkatlah. yelah, mane tak meningkat kalau tiap- tiap malam asyik geledah dapur je. Jam dah tunjuk 12 malam pun, still nak buka peti, bukak tudung saji, bukak tudung periuk. Teruk betul. Mane ade orang makan malam- malam buta. Orang lain dah krooh, krooh dalam bilik, aku pulak jadi tikus dekat dapur. Sekarang padanlah sangat dengan muka aku ni. Kuang3..
malam Ambang Merdeka dekat asrama
zaman kegemilangan aku. Amacam? Cun tak? hehehehe *ngade!*


Macam mane aku nak dapatkan balik berat badan aku yang dulu? Sekarang dah naik sangat sampai nak pakai seluar pun dah rase ketat sikit. Mak pula selalu tegur- tegur pakaian aku sebab ingat anaknye ni pakai seluar ketat sangat. So, nak elak nampak bulat, aku pakai seluar yang longgar giler, takpun pakai skirt labuh. Nampak cun sikit. 
Tinggal 2 minggu lagi, sekolah dah nak start. Dalam 2 minggu ni, aku mesti buang semua lebihan lemak yang menumpang dalam badan aku ni. Dah tiba masenye aku scroll Google untuk dapatkan tips- tips yang baik supaya aku dapat amalkan tanpa rintangan. *cehh*

In Sha Allah, dengan izin Allah, aku boleh lakukannya.
 



Lega selepas dapat keputusan.

Alhamdulillah, akhirnya slip keputusan PMR selamat sampai di tanganku. Walaupun keputusanku tidak segempak yang aku nak, tapi aku sudah cukup bersyukur. Mungkin belum ade rezeki untuk aku nak peroleh semua A tapi aku yakin, kalau aku berusaha lebih gigih lagi, In Shaa Allah, keputusan SPM nanti lebih 'uhmm' lagi. *thumbs up*
Sekarang, tengah fikir pasal SPM pulak. Aduiih, aku buka aje buku form4, kepale aku dah naik pening. Sebutir pun aku tak faham, nak- nak dengan formula AddMath, oh gila siott. 
Aku tak dapat straight A sebab aku terlampau leka dari form 1 hingga form 3. So, aku tak nak pisang berbuah dua kali. kalau boleh aku nak dari sekarang aku dah boleh prepare dengan SPM. In Shaa Allah boleh. ^_^

zoom lah kalau nak tengok berapa butir A.

#yang penting niat belajar mesti kerana Allah SWT.

Tinggal Beberapa Hari Lagi

Ya Allah, berdebarnya aku...
Tinggal beberapa hari lagi keputusan PMR 2012 akan diumumkan. Macam mana agaknya keputusan aku? Berapa butir A's yang akan aku dapat?  *kecut perut*
keputusan akan diumumkan pada 19/12/12*seram sejuk*


semoga aku dan semua pelajar tingkatan 3 tahun 2012 peroleh keputusan yang cemerlang. Amin. :')


Harimau Malaya tewas


Hari ni nak cerita sikit pasal bola tadi. Malaysia lawan Thailand. Saya ni bukanlah spisis gila bola. Tengok pun sebab negara sendiri kan? Kalau tak pun macam girls yang lain juga la, bukan tengok bola tapi tengok penyepak bola tu..hehehehe (ngada!) 
Masa games dah start, saya buka je Facebook or Twitter mesti full timeline dengan reporter tanpa gaji kan? semua berlumba- lumba nak kasi tahu pasal bola. Ada yang kasi tahu satu per satu macam dia pengulas game tu, ada yang lucu, marah, happy dan yang mengarut pun ada juga.(Termasuk saya kot) Macam- macam budak sekarang. btw saya nak ucapkan takziah kepada team Harimau Malaya sebab tewas dengan team Thailand. Ada segelintir yang cakap Thailand main kotor, pengadil berat sebelah dan bla bla bla.. saya sokong pendapat tu 25% je kot..hehehe. 
kepada team Harimau Malaya, dont give up! adat permainan kalah dan menang. Yang penting berMARUAH. In Sha Allah korang boleh menang dalam games seterusnya. 

Harimau Malaya Fighting!!




saya peminat MUSLIM AHMAD tapi dia dah tak join Harimau Malaya. :'(


Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat menunaikan ibadah puasa.


jangan ponteng2 puasa tau kecuali disebabkan keuzuran.
(jgn slah pham..ni gmbar sblm bln pose)
ikhlas daripada