Let's know my cousin a.k.a AMANI


ASSALAMUALAIKUM


Nur Amani Nadhirah Bt Abdul Khalid
satu- satunya sepupu aku yang diasuh keluarga aku. so aku anggap dia macam adiklah
- nakal semua benda nak main
- tak reti duduk diam ke hulur ke hilir
- kuat makan
- suka bebel sorang diri dengan bahasa dia #%^&#$%
- masam, manis, pedas, sejuk semua ditelan, mulut macam orang tua.
- suka makan ais batu macam makan jajan 
- bijak sebab pandai ikut cakap orang
- pandai hulur salam then letak kat pipi
- suka bagi makanan ke binatang like kucing
- dll

2013 zaman muka baik
 



 
holla!

 


 dah setahun lebih tapi still liat nak berjalan
 


2014 zaman muka innocent
 
tukang jaga troli


 
amani suka buat kita nampak 'over' . kita senyum selebar mana pun depan kamera, dia tetap dengan muka awan mendungnya.

 
bila snap untuk dia sorang baru reti nak senyum, sabar jelah..

 
"I'm not in good mood."

gambar semalam, macam macam ragam dibuat. pening mie melayan.

 
asyik snap amani je, aku pun nak jugak.

konklusinya?
ajarlah kanak- kanak dengan perkara yang baik sejak kecil supaya mereka jadi insan berguna.
*ayat buku teks*
ok, tenkiu sudi baca entri tak seberapa menarik ni and sorry sebab bahasakan diri 'aku'
okey, bye, Assalamualaikum.

1 Februari Hari Hijab Sedunia

 
Di Malaysia, 1 Februari diingati sebagai sambutan Hari Wilayah. Biasanya pada tarikh tersebut pelbagai program diadakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin ataupun bercuti bersama keluarga.

Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa pada peringkat dunia, pada tarikh yang sama, wanita di seluruh dunia menyambutnya sebagai Hari Hijab Sedunia.

Kempen memakai tudung ini bermula pada tahun pada 2012 oleh Nazma Khan, dari New York, Amerika Syarikat. Beliau yang berasal dari Bangladesh melalui pengalaman perit sebagai remaja yang berhijab di kota raya Amerika Syarikat itu.

Atas pengalaman itulah, timbul idea untuk mengajak wanita di seluruh dunia sama ada Muslim atau tidak untuk melalui pengalaman berhijab. Inisiatif yang dimulakan oleh beliau kini mendapat sambutan daripada wanita di seluruh dunia – Muslim dan bukan Muslim.

Tujuan kempen ini antara lain ialah untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemakai hijab dan menghormati agama anutan mereka.

Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia turut digalakkan menjadikan hari tersebut sebagai suatu usaha menyedarkan masyarakat tentang kebaikan berhijab di samping menghormati mereka yang berhijab. Di samping menyedarkan masyarakat tentang syariat Islam akan kewajipan berhijab.

Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak timbullah isu majikan yang enggan mengambil pekerja yang berhijab - wal hal agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Kerajaan patut menyiasat perkara tersebut dan lesen perniagaan mereka wajar di tarik balik.

Pelbagai cara digunakan untuk menggerakkan kempen Hari Hijab Sedunia ini termasuklah di laman web dan facebook. Yang berikut ialah antara komen dan nukilan yang diambil daripada World Hijab Day di facebook.

“Hijab freed me from my fickle and narcissistic addiction with fashion trends. It also freed me from the catish, negative, and competitive nature that hurts our sisterhood between sisters of all faiths. Hijab restored my ability as a woman with intellect, wisdom, and a good brain rather than being viewed as simply being an object of desire. World Hijab Day is a beautiful, safe, and loving way to share my choices with women everywhere.”


– Fatima Omar aka Spiritual Biz Mom (respected speaker and author)

"I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a cover. It is where you can define modesty, and chastity, and righteousness."

-Maryam Shila (Dubai)

“This video actually brought tears to my eyes. Im a non-Muslim women planning on participating in February. I greatly admire Hijabi women for their commitment to their faith.”

- Kacie Brunette comment on video STRANGERS TRYING THE HIJAB!

Anda juga boleh berkongsi banyak kisah lain di worldhijabday.com. Moga wanita di Malaysia tidak ketinggalan menjayakan program dan kempen ini.
 
credit to harakahdaily

wearing Hijab is Jihad for Aurah

tipulah kalau mie tak pernah merungut
 
"panaslah pakai tudung labuh."
"menyesal pakai tudung besar."
 
 balik dari sekolah, badan berpeluh jeruk.
dan pernah juga mie hampir nak menangis bila orang lain kata
 
"mizah, kenapa tudung tu labuh?"
"ustazah kita dah datang! hahaha!"
"tudung besar betul! nak lalu pun susah!"
"kau pakai macam ni tak panas ke?"
"tudung labuh tapi perangai macam ..."
dengar diorang cakap macam tu. mie sekadar senyum. dalam hati memang dah calar balar. rasa down je, rasa nak gunting tudung tu jadi saiz biasa. 
betul kata orang, bila kita berusaha ke arah kebaikan, pasti ada dugaan yang datang. 
mie tahu, Allah sengaja beri mie dugaan sebab nak test iman mie. 
adakah mie ikhlas bertudung labuh?
adakah mie boleh bertahan dalam pertahankan maruah mie?
adakah mie lebih pentingkan keduniaan hanya kerana kejian manusia?
semua tu masih dalam proses. kalau secara drastik lain pula jadinya.
bagi yang memuji mie, mie ucap terima kasih tapi mie kena sedar bahawa pujian manusia tidak akan membawa apa- apa makna. pujian manusia boleh menjadi racun kehidupan.
mie insan yang lemah dan hina. mie bukan seorang yang solehah. mengaji pun mie belum cukup tahu hukum tajwid sepenuhnya. 
Ya Rabbi, aku akan berusaha dalam amal Mu kerana Mu.
ada yang jadikan mie icon untuk dia bertudung labuh suatu hari nanti.
Alhamdulillah, mie doakan dia berjaya. In shaa Allah
 
bertudung labuh is JIHAD. sanggup ketepikan kepanasan dunia kerana Aurat.
Wallahualam