Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada
malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami
pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Rasulullah
SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda
menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita
ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:
1. Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya
2. Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
3. Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
5. Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya,
disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat
tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin
suaminya.
6. Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
7. Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.
8. Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam
peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar
daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan
sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan
puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu
mandi wajib.
9. Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.
10.
Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke
mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api
neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.
11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan kerana mereka mengingkari suaminya
dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati
dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku
lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana
ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli
neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan
mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat
baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
sumber : Shafiqolbu