ASSALAMUALAIKUM
Menjinak Ombak ialah drama terbaru slot Zehra yang menggantikan drama Kampung Girl
PELAKON
Nur Risteena - Syakinah
Talha Harith - Asyraf
Fezrul Khan - Fatah
Syukri Yahya - Firhad
dan ramai lagi.
Sinopsis Menjinak Ombak
Mengisahkan
kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka
yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam
yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu
menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu
taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan
bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan
pembunuhan demi menutup pekong di dada!
Syakinah
merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu
Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan
dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Fatah dan Asyraf. Tengku
Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami
ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Asyraf pula
seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak
dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat dan mesra dengan
Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai abangnya sendiri.
Tengku Fatah
tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu
memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya
kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan
direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan
meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya
agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke
rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan
meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa
bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga
kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku
Fatah.
Sementara
itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan
perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu
Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga
mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah
cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun
apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku
Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah
tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.
Tengku Fatah
merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan
Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi
bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia
telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia
mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku
Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail
menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan
sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.
Tengku Fatah
tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar
Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin
menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera menghantar
SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf,
Syakinah telah diculik!!
Kehilangan
Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu
Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah
mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani
dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya
setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat
bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi
dan selamat dari bencana.
Syakinah
terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau
dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan
diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa
dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ
berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga
terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.
Tengku Fatah
dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf
terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis lalu
Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah
di surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali
dan mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail
untuk menyiasatnya. Tengku Fatah merasa tergugat dan takut akan
rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.
Syakinah
dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah
membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah
yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya
lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa
yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah
mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk
membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku
Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul
Firhad maka berlakulah pergelutan.
Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani
dan Firhad?
Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf?
Berjayakah Firhad
menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah?
Bagaimana
berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah?
Teruskan menonton kisah
cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari
Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3
No comments: