30 Tanda Jatuh Cinta

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Lepak Dengan Kawan Lama


ASSALAMUALAIKUM

Isnin lepas, mie pergi rumah kawan lama. rindu gilax dengan kawan sorang ni. kami tak satu sekolah, tak satu area, kami start kawan time form 1 sebab masa tu kami roommate and berpisah time nak masuk form 3, dia terpaksa tukar sekolah atas sebab tertentu, sedih kan? tapi nasib kami baik sebab jarak rumah kami tak terlampau jauh sangat macam kawan yang lain, dalam 2 kilometer ja dari rumah mie. dia kawan paling dekat, kalau kawan kawan yang lain jarak rumah ngan mie lebih dari 10 kilometer. memang susah nak jumpa nak nak time cuti sekolah. tahan jelah kerinduan nak bergurau senda dengan diorang.
back to topik , kawan lama mie ni nama dia Shafina tapi mie panggil dia ina, kadang2 piena, bunyik macam pinna pulak cuping telinga kan? hehehe so, panggil la ina.

mula2 jumpa hari tu, gila tak awkward, kekok semacam ja padahal dalam henset, gempak sangat bersms. motif nak jumpa sebab dia mintak cerita korea, so bila jumpa ja terus mintak hard disk. takda maknanya nak cakap
"Ina!! lama tak jumpa, rindu sangat kat kau" peluk cium pipi kanan cium pipi kiri.
memang tak lah.

lama lama tu baru rasa okey sikit. memang okey sangat sampai kami siap buat ketumpat haa, paham kan?
mula mula kami lepak depan lappy, tengok tengok video jap, lepas tu kami jalan jalan dekat sawah padi. seriously, mie tak pernah jalan dekat sawah padi, time tu kira kali kedua mie pergi tempat camtu, kali pertama tahun lepas time raya, jalan dengan ina jugak. tu pun tak menghayati mana. kali ni, kami berjalan pusing satu petak sawah tu, dah lah luas tapi mie tak semput pun sebab sambil berjalan kami pot pet pot pet.

si ina ni ada blog jugak. follow lah dia kalau sudi Mizz Berry Sweetzz


suasana sawah padi *telah diedit

inilah ina. cantikkan dia? dia sebenarnya pakai baju kaler pink tapi mie edit sampai jadi kaler camni.

mie memng suka edit edit gambar jadi camni, mie bukan edit macam letak blur semata mata nak tutup lubang jerawat ke, bright kulit muka ke, memang tak lah. mie jenis yang suka mengOVERkan editan mie. tu hobi mie, tak payah cakap lah.

this is me. muka yang takleh blah

mie edit effect ja.

ok la, assalamualaikum




Izzue Islam & Awin Nurin Selamat Diijabkabul

ASSALAMUALAIKUM
Hanya sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.
Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. more info here
IMG-20130602-WA0002

IMG-20130602-WA0000

 Gambar izzue islam kahwin,gambar nikah izzue islam,izzue islam kahwin gambar,gambar izzue islam denga awin,gambar nikah izzue islam







more photo here Roti Kaya

p/s : betul kata orang, cinta tidak mengenal usia. Tahniah kepada Izzue dan Awin. Semoga berbahagia hingga ke syurga. *ayat frust di sini*
.