Mengapa Rasulullah menangis?


Mereka bertanya kepada Baginda SAW: “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab: “Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis.”
Rasulullah SAW dengan keadaan teresak-esak menceritakan pengalaman Baginda menyaksikan balasan azab dahsyat terhadap kebanyakkan golongan wanita ketika Israk Mikraj kepada Saidina Ali dan Fatimah r.a.:
1.  Perempuan digantung rambutnya dan otak kepalanya menggelegak disebabkan tidak menutup rambut daripada kalangan lelaki dan bukan muhrimnya
2.  Perempuan digantung lidahnya, dijadikan lidahnya sepanjang 70 zira’ (hasta) kemudian diikat di belakang tengkoknya, tangannya diikatkan ke belakang dan timah cair dicurah ke kerongkongnya (tekak), akibat daripada menggunakan mulutnya (kata-kata) untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
3.  Perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
4.  Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing dan bersolek serta berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
5.  Perempuan yang digantung sambil kedua kakinya dan tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala jengking kepadanya; disebabkan ia boleh solat tetapi tidak mengerjakannya dan keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
6.  Perempuan yang memakan dagingnya sendiri dan di bawahnya dinyalakan api neraka; disebabkan tidak mahu mandi wajib daripada suci haid dan nifas.
7.  Perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya (ususnya) sendiri. kerana ia suka berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka membicakan keaiban dan mengumpat orang.
8.  Perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, darah dan otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kulit, kusta dan sopak; adalah akibat daripada dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
9.  Perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar (keldai) dan mendapat berbagai kesengsaraan; disebabkan dia suka berbohong dan melaga-lagakan orang lain.
10. Perempuan yang rupanya seperti anjing, sementara kala dan ular masuk ke mulut, kemaluan dan duburnya. Malaikat memukulnya dengan corong api neraka; disebabkan dia suka membuat fitnah dan marah-marah serta membenci suaminya.
11. Kebanyakan ahli neraka adalah perempuan  kerana mereka mengingkari suaminya dan mengkufurkan ihsannya serta mereka sering rasa tidak berpuas hati dan tidak cukup walaupun suaminya telah banyak berbuat baik kepadanya.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
sumber : Shafiqolbu


Sinopsis Drama Menjinak Ombak




ASSALAMUALAIKUM

 Menjinak Ombak ialah drama terbaru slot Zehra yang menggantikan drama Kampung Girl

PELAKON
Nur Risteena - Syakinah
Talha Harith - Asyraf
Fezrul Khan - Fatah
Syukri Yahya - Firhad
dan ramai lagi.

  Sinopsis Menjinak Ombak


Mengisahkan kisah cinta penuh tragedi berdasarkan cinta tiga segi di antara 3 jejaka yang merebut cinta seorang gadis sunti iaitu anak kepada seorang Imam yang begitu patuh pada pegangan agamanya. Malah, setiap jejaka itu menyimpan rahsia yang penuh misteri. Oleh kerana sikap yang terlalu taksub dan tamak, ada di antara jejaka itu sanggup hidup dengan bertopengkan agama serta membuat hukuman sendiri dengan melakukan pembunuhan demi menutup pekong di dada!

Syakinah merupakan seorang gadis cantik dan anak kepada Imam Ismail dan ibu Halimah ini mempunyai sikap yang taat kepada agama dan menjadi rebutan dua orang jejaka di kampung tersebut, Tengku Fatah dan Asyraf. Tengku Fatah merupakan anak angkat kepada keluarga Syakinah yang mendalami ajaran agama dengan bergurukan kepada Imam Ismail manakala Asyraf pula seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya, Ainah yang banyak dibantu oleh keluarga Imam Ismail. Asyraf begitu rapat dan mesra dengan Syakinah kerana Syakinah menganggap Asyraf sebagai abangnya sendiri.

Tengku Fatah tidak senang melihat kemesraan Syakinah dengan Asyraf. Dia mahu memiliki gadis berusia 19 tahun itu. Tengku Fatah menyatakan hasratnya kepada ayah Syakinah, Imam Ismail untuk menyunting gadis itu dan direstui oleh Imam Ismail. Tengku Fatah pulang ke rumah keluarganya dan meminta ibu dan bapanya meminang Syakinah membuatkan ibu dan bapanya agak terperanjat kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang ke rumah dan apabila pulang sahaja, dia meminta untuk menghantar rombongan meminang. Syakinah menerima sahaja pinangan Tengku Fatah tanpa bantahan. Baginya ustaz muda itu seorang yang baik, beriman dan juga kacak. Lagipun bapanya sendiri begitu percaya dan sayang kepada Tengku Fatah.

Sementara itu, Asyraf sebenarnya dalam diam mencintai Syakinah. Asyraf meluahkan perasaan cinta dan kecewanya kepada ibunya, Ainah. Ibu Asyraf mahu Asyraf sedar diri yang Imam Ismail banyak berjasa kepada keluarga mereka. Namun kasih sayang ibu terhadap seorang anak membuatkan Ainah cuba juga untuk merisik Syakinah dari ibu Syakinah, Halimah. Namun apabila melihat kegembiraan dan kepercayaan Halimah terhadap Tengku Fatah membuatkan Ainah membatalkan hasratnya untuk memberitahu Halimah tentang perasaan Asyraf terhadap Syakinah.

Tengku Fatah merasa cemburu melihat kemesraan Asyraf dan Syakinah lalu mengingatkan Syakinah tentang batas-batas hubungan lelaki dan perempuan apatah lagi bila sudah menjadi tunangan orang. Syakinah tidak bersetuju kerana dia telah lama rapat dengan Asyraf yang dianggapnya sebagai abang malah dia mengenali Asyraf jauh lebih lama dari mengenali Tengku Fatah. Tengku Fatah tidak puas hati dan mengadu kepada Imam Ismail. Imam Ismail menasihati Syakinah supaya menjaga adab. Syakinah berasa tertekan dengan sikap Tengku Fatah yang sering mengongkong dirinya.

Tengku Fatah tidak berpuas hati lalu berjumpa Asyraf dan mengugut secara kasar agar Asyraf jangan menggangu tunangannya. Asyraf rasa terhina lalu ingin menceritakan segalanya kepada Syakinah. Lalu, Asyraf segera menghantar SMS untuk berjumpa Syakinah tetapi malangnya semasa menunggu Asyraf, Syakinah telah diculik!!

Kehilangan Syakinah telah heboh dan menjadi topik utama di kampung itu. Ibu Syakinah, Halimah begitu tertekan dan amat bimbang. Kehilangan Syakinah mengimbau kembali tragedi yang menimpa pelajar tingkatan 3, Hanani dimana lebih setahun yang lalu ditemui mati dibunuh di kampungnya setelah 7 hari hilang sebaik pulang dari sekolah. Imam Ismail sangat bersabar dan hanya berdoa kepada ALLAH agar anaknya Syakinah dilindungi dan selamat dari bencana.

Syakinah terjaga dari pengsan dan menyedari yang dirinya berada disebuah pulau dan diculik oleh seorang lelaki bernama Firhad. Sepanjang sebulan diculik Firhad, Syakinah akhirnya dapat mengetahui motif sebenar kenapa dirinya diculik dan mengenali siapa diri Firhad sebenarnya. Dari situ berputiknya bibit-bibit cinta antara Syakinah dan Firhad. Disini juga terbongkar cerita siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah dalam kebingungan dengan kehilangan Syakinah telah menuduh Asyraf terlibat dengan kehilangan Syakinah lalu membuat laporan polis lalu Asyraf telah ditahan reman oleh pihak polis. Suatu hari muncul Khatijah di surau dimana tempat Tengku Fatah selalu berada. Khatijah mengenali dan mengetahui latar belakang Tengku Fatah lalu ke rumah Iman Ismail untuk menyiasatnya. Tengku Fatah merasa tergugat dan takut akan rahsianya bocor lalu melanggar dan memukul Khatijah hingga pengsan.

Syakinah dipulangkan kembali oleh Firhad kepada keluarganya lalu Tengku Fatah membuat keputusan untuk menyegerakan pernikahan mereka berdua. Syakinah yang telah mengetahui siapa Tengku Fatah sebenarnya tidak menyukainya lalu menceritakan segala rahsia Tengku Fatah kepada Asyraf. Dalam masa yang sama Imam Ismail telah diserang sakit jantung. Tengku Fatah mendapat tahu segala rahsianya telah terbongkar lalu merancang untuk membunuh Asyraf dan Syakinah. Syakinah berjanji untuk bertemu Tengku Fatah ditempat yang agak terpencil lalu menikam Syakinah tetapi muncul Firhad maka berlakulah pergelutan.

Siapakah Tengku Fatah yang sebenarnya? 
Apa kaitannya dengan kes pembunuhan Hanani dan Firhad? 
Berjayakah Tengku Fatah membunuh Asyraf? 
Berjayakah Firhad menyelamatkan Syakinah yang telah ditikam oleh Tengku Fatah? 
Bagaimana berakhirnya percintaan Firhad terhadap Syakinah? 
Teruskan menonton kisah cinta penuh tragedi ‘Menjinak Ombak’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 6 Disember 2013 di TV3

Homemade Fun Fries *Simple*

ASSALAMUALAIKUM

dah lama mie tak bukak blog udoss ni. nasib lah tak berhabuk. musim hujan macam ni, perut cepat manja. then mie teringat ada ubi kentang terbiar dekat dapur. so mie try la buat something sebelum ada fungi singgah kat situ. mie try tanya kawan mie. dia cadangkan mie buat benda simple ni. janji kenyang.
so, mie bukak blog ni pun sebab nak share resepi super duper simple ni lah.
straight to the point jelah, malas nak taip banyak.

Bahan- bahan
3 biji ubi kentang
1/2 cawan tepung beras
1/3 sudu teh soda bikarbonat
 
Langkah- langkah
  1.  kupas ubi kentang dan potong dalam apa apa bentuk yang disukai (bentuk paling simple ialah segi empat panjang.)
  2.  rebus kentang dan diletak sedikit garam (mie letak seketul garam kasar sebab rasa ubi tu takkan terjejas.) biarkan sehingga ubi tu separuh masak. (pandai2 lah timing dan jangan terlampau masak sebab ia mudah hancur.)
  3. toskan ubi sehingga tiada air.
  4. gaulkan ubi dengan tepung beras, soda bikarbonat dan garam. biarkan dalam beberapa minit.
  5. goreng macam biasa dan dah siap. sedap dimakan dengan sos serta mayonis.


 btw, doakan kepada mangsa- mangsa banjir di luar. semoga mereka tabah mengharungi ujian dan dugaan oleh Nya. ;)


Salam Aidilfitri

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, akhirnya tirai Ramadhan telah berlabuh, itu maknanya kita dah masuk bulan Syawal.
Macam biasa lah, tak lengkap raya kalau tanpa ucapan 


gambar sampul duit raya cukuplah, malas nak ambil gambar mie, kalau nak gambar mie tunggu esok lah, kita bergaya dengan baju raya, okay?

k lah, baju mie belum iron lagi ni, dalam kepala still terpikir esok nak pakai bawal ke or nak pakai shawl?


Jadilah seperti Mawar


 

Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri, Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang dapat melindungi keindahan si bunga dari sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hingga sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati.

17 Ramadhan, Salam Nuzul Al Quran

Alhamdulillah, sudah 17 hari umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadhan di muka bumi ini. 
pada hari ini juga ialah Hari Nuzul Al Quran dimana berlaku peristiwa Al Quran diturunkan pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Doa Hari Ke 17
Ya  Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah
Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,
Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala
Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

sama sama lah kita manfaat kan hari yang mulia ini. hari ni, family mie adakan majlis tahlil dan majlis khatam quran. nasib mie baik sebab kena hari mie balik kampung.



salam keikhlasan dari

Masih belum terlambat.. SELAMAT BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

akhirnya sudah dua hari kita selamat berpuasa tahun ni. fuh! nasib takda apa apa yang terbabas.
hari first puasa mie kat hostel. serius tak best. nak cari tempat berbuka pun susah. siap gaduh lagi. tapi nasib baiklah bukan gaduh besar. bulan puasa tak elok gaduh gaduh kan. hari ni baru tenang mie nak berbuka sebab balik rumah. juadah sederhana je. tak pergi pun kat bazar tadi.
  
di bulan yang mulia ini, mari penuhkan hidup kita dengan ibadah kerana pahalanya berkali ganda dari biasa.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)


ok la, malas nak taip banyak banyak. mie just nak ucapkan
Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat berpuasa





Hanya Tiga Perkataan


sedih and menyesal! tu je perasaan yang boleh mie cakap. tak sangka only three words, mie dah lukakan hati bff mie. patut la sebelum ni mie ada perasan yang dia kurang rapat ngan mie. rupa2nya sebab mie terlepas tiga perkataan tu. 

"jangan ikut aku!"

i'm sorry my friend. i know i'm bad with you.

nasib baik dia kasi tahu malam tu. dia kata selepas mie cakap macam tu dia menangis dalam bilik air, then dia fikir nak keluar asrama disebabkan mie. patutlah sebelum ni member lain ada cakap yang dia nak keluar asrama. tapi hasrat dia terbatal lepas gadu ke ibu dia. ibu dia cakap ramai lagi kawan yang lain kat asrama tu. sejak tu lah dia mula rapat dengan orang lain tanpa mie sedar.

masa dia cakap pasal tu dekat mie, mie ketawa. nampak macam tak bersalah. tapi realitinya mie menangis dalam hati. rasa bersalah jatuh bertimpa timpa atas kepala. teruknya mie.

dia ialah kawan rapat mie selepas Fina. dia lah yang selalu dengar luahan hati mie sejak form two lagi. mie senang kawan dengan dia sebab dia macam sekepala dengan mie. apa yang kami buat kalau boleh nak sama sama. tapi tahun ni kami tak dapat bersama sebab mie ambil aliran perakaunan tapi dia ambil kejuruteraan. cita- cita kami tetap berlainan.

dia kata dia jenis tak kisah. tapi dalam dia tak kisah tu, dia tetap ada hati dan perasaan.

mie nak kita kawan macam dulu. rapat macam dulu. kita tetap BFF !!


hadiah dari dia sempena birthday mie ke 16. thank you my dear.

p/s : hargailah kawan anda dengan baik selagi dia ikhlas bersama kita.


30 Tanda Jatuh Cinta

Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.
1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Lepak Dengan Kawan Lama


ASSALAMUALAIKUM

Isnin lepas, mie pergi rumah kawan lama. rindu gilax dengan kawan sorang ni. kami tak satu sekolah, tak satu area, kami start kawan time form 1 sebab masa tu kami roommate and berpisah time nak masuk form 3, dia terpaksa tukar sekolah atas sebab tertentu, sedih kan? tapi nasib kami baik sebab jarak rumah kami tak terlampau jauh sangat macam kawan yang lain, dalam 2 kilometer ja dari rumah mie. dia kawan paling dekat, kalau kawan kawan yang lain jarak rumah ngan mie lebih dari 10 kilometer. memang susah nak jumpa nak nak time cuti sekolah. tahan jelah kerinduan nak bergurau senda dengan diorang.
back to topik , kawan lama mie ni nama dia Shafina tapi mie panggil dia ina, kadang2 piena, bunyik macam pinna pulak cuping telinga kan? hehehe so, panggil la ina.

mula2 jumpa hari tu, gila tak awkward, kekok semacam ja padahal dalam henset, gempak sangat bersms. motif nak jumpa sebab dia mintak cerita korea, so bila jumpa ja terus mintak hard disk. takda maknanya nak cakap
"Ina!! lama tak jumpa, rindu sangat kat kau" peluk cium pipi kanan cium pipi kiri.
memang tak lah.

lama lama tu baru rasa okey sikit. memang okey sangat sampai kami siap buat ketumpat haa, paham kan?
mula mula kami lepak depan lappy, tengok tengok video jap, lepas tu kami jalan jalan dekat sawah padi. seriously, mie tak pernah jalan dekat sawah padi, time tu kira kali kedua mie pergi tempat camtu, kali pertama tahun lepas time raya, jalan dengan ina jugak. tu pun tak menghayati mana. kali ni, kami berjalan pusing satu petak sawah tu, dah lah luas tapi mie tak semput pun sebab sambil berjalan kami pot pet pot pet.

si ina ni ada blog jugak. follow lah dia kalau sudi Mizz Berry Sweetzz


suasana sawah padi *telah diedit

inilah ina. cantikkan dia? dia sebenarnya pakai baju kaler pink tapi mie edit sampai jadi kaler camni.

mie memng suka edit edit gambar jadi camni, mie bukan edit macam letak blur semata mata nak tutup lubang jerawat ke, bright kulit muka ke, memang tak lah. mie jenis yang suka mengOVERkan editan mie. tu hobi mie, tak payah cakap lah.

this is me. muka yang takleh blah

mie edit effect ja.

ok la, assalamualaikum




Izzue Islam & Awin Nurin Selamat Diijabkabul

ASSALAMUALAIKUM
Hanya sekali lafaz tepat jam 9.45 pagi, Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam, 23, sah bergelar suami kepada Nurinafilah Binti Waharudin atau Awin Nurin di Dewan Shah Alam.
Izzue Islam dan Awin Nurin telah diijabkabulkan oleh bapa Awin sendiri, Waharudin Bin Jonit, 58, dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. more info here
IMG-20130602-WA0002

IMG-20130602-WA0000

 Gambar izzue islam kahwin,gambar nikah izzue islam,izzue islam kahwin gambar,gambar izzue islam denga awin,gambar nikah izzue islam







more photo here Roti Kaya

p/s : betul kata orang, cinta tidak mengenal usia. Tahniah kepada Izzue dan Awin. Semoga berbahagia hingga ke syurga. *ayat frust di sini*
.

Just Give Me A Reason Lyric

ASSALAMUALAIKUM
Hai hai hai and selamat... *tengok jam* selamat petang!
hari ni tak tahu nak buat apa so, macam biasa mie layan perasaan jelaa sambil..

"Just give me a reason, just a little bit's enough"

mie suka sangat lagu ni. part chorus ia unik and meremang bulu roma mie. cikgu ada cakap, kalau kita dengar lagu pastu bulu roma meremang tu bermakna lagu tu best and sedap didengar bukan dimakan.
building a castle on the air
abaikan.....


ni lirik lagu tu
"Just Give Me A Reason"
(feat. Nate Ruess)

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

panjang berjela lirik ni.
ni pulak music video lagu ni tapi yang cover punya sebab yang original ia tak sesuai mie nak tengok. walaupun video ni just cover ja tapi bagi mie tetap awesome! tak caya? tengok lah. cover by Kylee and Sam Tsui


sambil dengar lagu ni, sambil layan perasaan, mulalah terbayang drama dalam kepala otak.



Ustaz Azhar Idrus Kahwin kali ke3 (Tahniah)


Alhamdulillah, rezeki Ustaz Azhar Idrus(UAI) semakin melimpah ruah. Tahniah di ucapkan. Pada 26 Mei 2013 atau kelmarin telah dikhabarkan UAI baru saja menikahi seorang gadis bernama Izyan, yang berusia 27 tahun sebagai isteri yang ketiga. Tengok rupa Izyan ni memang cantik. Dah rezeki ustaz katakan, melepas lah sesiapa yang jatuh cinta tu. Izyan merupakan anak saudara kepada Tuan Hj Omar b. Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak.

Tak sangka pulak kan. Baru ja selesai baca komik Ustaz Azhar Idrus Live. Syok sangat komik tu. Bila bukak ja blog, terjumpa entri Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!


Barakallahula kuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair Ustaz Azhar Idrus dan Izyan

ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-3

ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-5

ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-1

inilah komik UAI Live dari Telaga Biru

random

mata belum ngantok lagi. ni mesti kes tertidur lama sangat petang tadi. entah apa yang penat sangat. bila dah tengah malam, mula la susah nak tidur. mata oii mata please la lena. esok nak bangun awal ni....

sebelum tu, nak kasi tau ada orang tu kan boleh bawak kereta. umor bawah 20 lagi tu. nak menunjuk la tu, huh! tak heran pon. lalalala

agak agak orang tu baca tak? kalau dia baca memang awal awal aku cabut.
 lantak la dia nak baca ke tak nak, memang blog ni umum kan.. mentang mentang lah..
oops, dah masuk sesi buat ketumpat ke ni? entah laa, lalala

ok, night

Cuti Sekolah dah Mula !! Hepi arr


Assalamualaikum w.b.t

best gilax tengok drama SSID tadi. gelak sakan tengok Firash dengan Syaf tu. part kantoi tu memang takleh blah. then, mula la start protes bila keluar part suspen tut tut bersambung. terasa nak sepat je tv neh.
ok, sabar.
asal excited sangat ni? mestilah excited sebab minggu lepas takleh tengok, duk asrama punya crita la.

bila dah habis drama tu, mula la naik boring. so, edit edit la mainannya.

hohoho , Abang Izzue Islam kita! jejaka idaman ramai ni jugak jadi mangsa keeditan guwa. ni belum kasi gempak lagi. lain kali la buat lebih gempak.
nak ambik? cuba la ambik, tembak kang.

next topik, belum terlambat lagi kan? so, saya aku guwa mie nak ucapkan Selamat Bercuti especially budak budak sekolah. konfim nilah detik yang korang tungu tunggu kan? tapiii, homework yang setinggi gunung tu jangan dibiarkan berhabuk. kena siapkan jugak. students yang nak exam besar tu rajin rajinkanlah diri anda ke kelas tambahan. jangan malas! sebab saya letih woo tahun lepas banyak sangat kelas tambahan pagi petang malam (wajib ni) tanpa henti.. (nampak sangat menipunya) hehehe. so, giliran korang pulak amik alih semua tu, rasakan.. huahuahua..
ok, jahat


gambar time jadi batch PMR. edit biasa biasa ja. janji buat.

#senyum !!

Jatuh Kafir tanpa sedar


A
ntara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

  1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)
  2. Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)
  3. Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)
  4. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)
  5. Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)
  6. Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)
  7. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)
  8. Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)
  9. Aku murtad dah, eh gurau je gurau je… (jatuh kafir)
  10. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)

“Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta” -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.



sumber utama: Antara Contoh-Contoh Dialog Menjadi Kafir Dalam Tak Sedar / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/04/contoh-dialog-kafir.html#ixzz2SOvtFjCc

Masih Sabar

saya sendiri tak tahu apa masalahnya sampai dapat caci maki dari someone yang tak dapat dikenal pasti ni. mungkin dia ni pengecut sebab tu tak dedahkan diri dia. main kutuk kutuk saja pandai tapi pengecut tak ada makna jugak. btw, kepada si pengecut tu, saya mintak maaf kalau saya ada silap dengan anda walaupun saya tak tahu apa silap saya. saya bukan jenis yang suka cari masalah dengan orang. 
saya sedar blog saya tak secantik blog lain, tak sefemes blog lain. tapi anda tak ada hak nak kutuk sebab saya tak pernah buat macam tu dekat anda. niat saya berblogging bukan tuk cari publisiti nak nak macam publisiti murahan yang anda buat dekat saya. saya tak berminat langsung dan saya masih boleh bersabar.
semoga anda bahagia dengan kegiatan anda tu. sekian..  

saya tak nak balas biar Allah saja yang membalas semuanya. :)