Good Job Nile.com.my

Hai assalamualaikum. Hari ni nak gitau yang sis ada membeli kasut di Nile.com.my.
Service sangat tip top sebab baru je semalam buat pesanan, hari ni van poslaju dah sampai depan rumah!
So, sis memang rekomen dekat korang korang yang kaki shopping online beli belah dekat nile.com.my
Sis mula tahu kewujudan kedai online ni sejak tahun lepas masa tu tengah hot buat diskaun tahun baru cina. Barang barang kat situ memang murah dan mampu milik.
Sis pernah beli sepasang sneakers tahun lepas dan memang best dan tahan lama. Dah semalam sis cuba beli lagi, and tak macam dulu bila beli memang agak lambat sampai ke rumah, boleh dikatakan dalam seminggu jugaklah tapi kali ni tak sangka boleh sampai awal dari biasa.
Purple? Wajar laaa. Hahaha
Harga rm36 exc postage
Harga market rm70 lebih kurang

Kalau dekat kedai luar luar sana, susah tau nak dapatkan sneakers dengan harga rm50 kebawah. Tapi di nile.com.my tiada yang mustahil buat pengemar sneakers walaupun bukanlah dari brand yang hebat. 

Ok itu saja perkongsian hari ni. Bye²

Sibuk nak masuk U

Hai assalamualaikum. Hehe



Penat oii, hadap kertas je pun boleh penat. Stress lagi. Betullah kata orang, nak masuk u bukannya senang. Nak apply upu pun kena fikir 10 kali nak pilih kos apa. Lepas dah dapat, kena isi macam macam jenis borang pulak. 
Berpuluh puluh keping borang kena print, lepas tu kena mintak pengesahan pulak. Part ni paling susab, sebab apa? Sebab tukang mengesah tu susah nak jumpa. Serius tak faham. Tapi sis senang je nak jumpa. huhuhu. kawan yang mengadu cakap nak jumpa pun payah kalah perdana menteri. 

Ni buka blog sebab nak lepas tekanan. 
Alhamdulillah semalam dah settle sikit kerja. Pergi bank bsn beli nombor pin, pergi buat gambar passport, pergi pejabat zakat, pergi pejabat yayasan, pergi buka akaun dekat bank Islam. pergi buka akaun sspn-i. Bangunan tu semua bukannya setempat je, boleh kata berpusing pusing satu negeri tu. Hahaha. K tipu je. Tapi serius bukan satu tempat. Kuala Terengganu kan luas. Huhu
 Yuran pengajian sebanyak rm3k+ pun dah selesai walaupun agak sedih melihat duit itu pergi sekelip mata. 😭😭😭
Semoga haku tak malas. Kena terkenangkan sokmo duit tu biar tak membazir. Tapi senior cakap u tu dekat dengan mcD, Dominos, Pizza hut, mall, pasar malam, pantai, airport (ada kaitan keπŸ˜‚)
Godaannya banyakkkk😭😭😭
Semoga mampu berjimat cermat. Dahlah buat pinjaman.😒

Serius, tak ready lagi nak masuk belajar. Cuti tinggal seminggu lebih lagi. Dulu kemain bosan nak gila dengan cuti, sekarang sayang pulak nak tinggal cuti. Title menganggur dah nak habis. Huhu.
Bayangkan nanti empat tahun belajar. Masuk umur 19, habis je belajar dah 23 tahun tu pun nak dekat 24. Huish. Dulu hajat nak kahwin umur macam mak. 21 kot. Hahaha. Memang tidok lerrr. Takdok ore nok ko ambo. Hahaha. Gilo.

Abaikan. 

Belajar je dulu. Fokus on your future. Niat kerana Allah. Inshaa Allah. Ada jodoh ada lah. Mungkin kerjayaan sampai dulu kan. Huhu

Hmmm, u dengan matrik tak sama kan. Good luck pada diri sendiri. Semoga tak lupa pada Allah. Jangan terpengaruh dengan benda tak baik. Iman kena topup selalu. Ada baca u banyak kes iman terpesong. Nauzubillah, minta dijauhkan. 

Oklah. Sesiapa yang baru nak ke alam universiti tu pun goodluck. Jaga diri berbaik. Jangan terlalu harapkan terlanggar bahu, kertas berterabur, tolong kutip tersentuh tangan, bertentangan mata, jatuh cinta... takda maknanyaaaaaaa. Hahaha

Ok tu sahaja celoteh bahang rabang sister. Maaflah cerita tunggang langgang. memang macam tu sokmo. huhu. ok Bye, Assalamualaikum

Kelantan Lagi...

Hai assalamualaikum
Seperti yg disedia maklum bahwa hari ni calon lepasan STPM atau setaraf dah boleh mula buat semakan bagi permohonan upu. 
Memang dari dua tiga hari lepas sis takleh bertenang. Berdebar sangat takut tak dapat.  Yelah masa mintak diploma satu pun tak lepas. lepas tu siap bermimpi lagi, dua kali mimpi pulak tu. First mimpi sis dapat tapi tak boleh baca nama universiti dan kos apa yang sis dapat. Serius ngeri. Haha. Yang kedua malam kelmarin. Mimpi dah boleh semak tapi tak jumpa link, lepas tu site crash, lepas tu fon hang lepas tu hancur berkecai fon sis. Gile arr. Haha. Faktor mental tak bertenang punya pasal.


Dan hari ni, maksudnya jam 12 tengah hari tadi sis terus semak. Sebabkan sis tahu link utama upu tu memang akan berat dan lembab sebab ramai orang guna so sis guna link alternatif dari ums. 
Ni tangan ni nak taip nombor ic dengan nombor matrik memang terketar ketar. Dada habis kencang. Serius. Rasa nak pengsan. Basmallah selawat semua dah keluar. Maka keluarlah resultnya.


Jeng jeng jeng







I just be like.. Allah, Alhamdulillah. Baca 3 4 kali sebab nak confirmkan. Terus berlari kat ayah mak bagi tau pasal ni. Lepas tu screenshot post ke dalam group keluarga. Dan yes, responnya..
"Kelantan lagi?"
😐
Dah rezeki kat situ kan. Terima jelah. 
Matrikulasi Kelantan ke Universiti Malaysia Kelantan. Hmm
Sis accept je. Biarlah dekat pun. Jodoh kat situ kot. Huhuhuhuhu



Hospitaliti? Kerja hospital ke apa?
 Agaklah weh. Sis study akaun dari form four sampai ke matrik takkanlah tetiba belajar pasal hospital. Haha. 
Apa yang sis faham pasal perkataan hospitaliti ni ialah sesuatu bentuk layanan baik dalam satu perkhimatan. Industri perhotelan banyak guna perkataan ni kot. Mungkin perkataan hospital di ambil kerana ia sebuah pusat yang menyediakan perkhimatan kesihatan. Kan? Hahaha. Pandai pandai je buat kesimpulan sendiri.


Kenapa tak mintak perakaunan?
Menipu lah kalau tak mintak. Accounting is my first choice. Second, human resource. Third, that hospitality. Maksudnya sis tak dapat perakaunan. Sedih baq hang.😭. (Banyak U tawar kos perakaunan tapi sis tak berani ambil sebab depa nak interview dulu) Faktornya kerana pointer ku tak mengizinkan. Sis tabah. Member sis ramai dapat perakaunan.😒


Camne cara belajar sis tak tau. First time kott. Lecturer cakap u tak sama macam matrik. Nervous oii. 28hb ni dah kena daftar dah. 😭😭


So, itu jelah nak bagi tau. Kepada semua yang berjaya sambung degree kali ni. Tahniah. Anda sangat beruntung. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Yang tak dapat jangan sedih sedih tau tapi nak menangis pun takpa janji jangan putus asa. Rayuan masih dibuka lagi. Banyakkan berdoa. Percayalah, korang tak dapat sambung ke ipt tak semestinya masa hadapan dah jadi gelap gelita. Rezeki Allah itu luas. Ok.


Ok itu jelah kali ni. Good luck semua. Cabaran hidup sebenar dah bermula. huhu.
Apesal ayat aku skema sangat ni? Ape² jelah. Kbye

Mencuba Benda Baru

*Honest review*
Bb cushion, cc cushion sekarang dah jadi trend para gegadis untuk melawa kan? Sis first time nak mencuba and baru je beli semalam bb cushion ni. Benda ni nak kata bedak tapi tak berdebu macam bedak. Tapi serius best bila pakai. Rasa soft je. Kalau sebelum ni sis tak suka pakai bedak sebab tak reti nak ratakan. Selalu bila pakai jadi over cerah. Bila nak keluar pakai krim siang je tapi kalau pakai krim tanpa bedak, muka cepat berminyak. Kalau tak pakai nanti muka sis nampak lesu macam orang tak sihat. 





Masa ni belum pakai lagi sebab tu cushion putih suci je. Hehe. Sis beli code 03 cherrie blossom untuk kulit yang sederhana cerah. Kenapa sendayu tinggi? Banyak brand yang lagi popular terutamanya keluaran korea.
Sebab ni brand orang melayu. Foundernya kata dia buatkan bb cushion ni sesuai untuk cuaca di sini berbanding brand luar negara. Yes, sis dah try and memang best. Bila dah pakai tak payah tepek bedak bagai.

Sesiapa nak try boleh dapatkan di mana mana outlet watson terpilih atau boleh dapatkan secara online di sendayutinggi.com atau di instagram @sendayu_tinggi_online
Ok, itu sahaja. Bye².