Mencuba Benda Baru

*Honest review*
Bb cushion, cc cushion sekarang dah jadi trend para gegadis untuk melawa kan? Sis first time nak mencuba and baru je beli semalam bb cushion ni. Benda ni nak kata bedak tapi tak berdebu macam bedak. Tapi serius best bila pakai. Rasa soft je. Kalau sebelum ni sis tak suka pakai bedak sebab tak reti nak ratakan. Selalu bila pakai jadi over cerah. Bila nak keluar pakai krim siang je tapi kalau pakai krim tanpa bedak, muka cepat berminyak. Kalau tak pakai nanti muka sis nampak lesu macam orang tak sihat. 





Masa ni belum pakai lagi sebab tu cushion putih suci je. Hehe. Sis beli code 03 cherrie blossom untuk kulit yang sederhana cerah. Kenapa sendayu tinggi? Banyak brand yang lagi popular terutamanya keluaran korea.
Sebab ni brand orang melayu. Foundernya kata dia buatkan bb cushion ni sesuai untuk cuaca di sini berbanding brand luar negara. Yes, sis dah try and memang best. Bila dah pakai tak payah tepek bedak bagai.

Sesiapa nak try boleh dapatkan di mana mana outlet watson terpilih atau boleh dapatkan secara online di sendayutinggi.com atau di instagram @sendayu_tinggi_online
Ok, itu sahaja. Bye².

No comments: