Puberty Hit Me

Hai uolls, topik i hari ni santai² je tau. 
Puberty. Well, serius tak pernah dengar perkataan ni or pernah tapi tak ambil kisah or aku yang tak faham bahasa. Huhuhu.
Mungkin orang lain ramai dah tahu tapi sis je yang ketinggalan. Kenapa tiba tiba sis cakap pasal puberty? Sebab sis tengok sekarang macam trend je kan. Upload gambar dekat ig guna caption puberty, puberty hit me and etc. Sis nak tahu maksud dia (ni manusia jenis malas nak bukak kamus, padahal boleh google je pun) Lepas tu sis tanya sorang sahabat sis ni maksud puberty. Dan beliau tak tahu. Kira bukan sis sorang jela lambat up to date. Hihihi. Then dia cuba bukak kamus, dia bagitau maksudnya ialah akhil baligh.
Oowhhh, ohhhhhh, ohhhhh, ea?
Patutlah diorang upload gambar time kecik and time besaq then guna caption tuhh. Owhh, arrasso.

puberty


the stage in people's lives when they develop from a child into anadult because of changes in theirbody that make them able to havechildren:

At puberty, pubic hair develops and girlsbegin to menstruate.
http://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/puberty
Owhhhhh
Itulah mizah, orang suruh belajar bi tinggi tinggi tak nak. Perkataan senang pun boleh blur. Sebab tu muet kena repeat. Ciss sama kamu. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
So, nak ber'puberty' jugak k i ni?
Hihihi
Tapi.... dulu sis uduss lah. Zaman malas nak jaga penampilan. Malas nak ikut trend. 
Dahlah comot, selekeh, gelap, muka berminyak. Sebab tu takdak orang nak kat aku (merenung ke luar jendelaaaa) ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Sekarang pun tak lawa jugak. Eceh. Yelah, bukan buat plastic surgery pun. Huhuhu. Tapi sebab ada duit lebih sikit kan, kan. Hehe. 
.
.
.
.
.
.
.
.
Hahahahaha
Beza 5 tahun je. Why dulu gelap sekarang 'agak' cerah? Sebab dulu main sukan. Sekarang berkurung je dalam rumah. Tang pipi memang takleh ubah. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ




Patutnya banyak gambar lagi  dari sekolah rendah tapi terperangkap dalam pc yang dah rosak๐Ÿ˜ญ lepas tu dalam netbook yang dah rosak๐Ÿ˜ญ lepastu dalam pendrive yang dah hilang๐Ÿ˜ญ Bapak sedih hidup. Ni pun dari facebook kawan.

Biarkan Cinta Itu Diam



Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )




Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Sumber
http://qasdina.blogdrive.com


Sembang² sikit + Resepi Nasi Goreng Planta Ber Udang

Syok pulak rasa masak malam² ni. Tak bimbang langsung pasal gemok. (Hakikatnya sedang menggemok. Tidakk!!๐Ÿ˜ญ)
Alkisahnya mak ayah sis pergi melawat ayah saudara dekat hospital dari pukul 10 pagi tadi. Sis malas nak ikut sebab takda mood. maka tinggallah sorang² kat rumah. adik pegi sekolah abang pulak kerja. Ayah saudara sis tu kena bedah jantung hari ni. Oleh sebab tu mak ayah sis balik lewat sebab nak tunggu hingga pembedahan tu selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. 
Biasanya kalau keluar, mak akan beli nasi tapi hari ni tak beli sebab hujan lebat๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Magrid baru sampai rumah. Maka anak² beliau kelaparan.๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Acahh² je.
 So, nak buat lauk pun dah malas sebab dah malam. Sis buat jelah nasi goreng ni. Nasi goreng pun nak share resepi jugak ke? Komang sangattt. Hahaha
Gurau je, kena lah share mana tau ada adik² yang baru nak belajar memasak tu nak try masak nasi goreng kan. Kan.. huhu

Ok kita start resepi kita hari ni Nasi Goreng Planta Udang. Amboi nama. Kerlass kau jahh. 
(Makan 4-5 orang) 
Sis tak guna apa² serbuk or perencah segera tau.

1. Of course lah nasi putih. 
2. 5 ulas bawang putih + 5 bijik bawang merah dikisar. Nak pedas kisar cili api sekali
3. Udang 10 ekor. (Sis letak banyak sikit lepas tu potong dua. Biar nampak banyak.)
4. 4 bijik bebola ikan potong dadu
5. Plantaaa. (Marjerin)
6. Lobak merah

Cara²nya

1. First, cairkan planta dalam tiga sudu makan ke dalam kuali. Tumis bawang yang dikisar. Kalau nak pedas kisar sekali dengan cili api sebanyak yang mampu. Huhuhu. Tumis biar naik bau.

2. Tabur garam secukup rasa, ajinamoto sikit. Sikit je tau sekadar untuk hilang rasa  loya. Ea? Lepas tu bawak masuk udang, bebola ikan, lobak merah dan sayur² lain ke dalam kuali. Kacau biar rata dan masak.

3. Lepas tu baru masukkan nasi putih. Lepas tu macam biasa gaul biar rata. 

4. Dan siap. Sedia dihidang untuk keluarga tersayang. 

Lagi sedap dimakan dengan telur goreng, ikan masin dan dll. Ayah dengan abang sis makan dengan petai.  Suka hati lah janji perut bahagia.

Bila guna planta jadi kurang berminyak. Sis kalau makan banyak sangat makanan berminyak lepas tu mesti sakit kepala. Orang lain tak macam tu pun.

Kalau ada cili benggala kaler merah kuning dengan brokoli hijau lagi bagus. Biar kasi meriah gituuu. Orang kata makanan yang berkhasiat adalah makanan yang ada lima warna. Ea?

K tu je. Bye² dan selamat mencuba๐Ÿ˜‰


Resepi Jagung Manis Mudah (Homemade)

Hari ni nak share resepi mudah semudah one two three.
Semalam mak sis ada bawak balik jagung mentah. Mulanya sis nak buat jagung bakar manis. Tapi lupa nak bagi tahu mak jadi hari ni maka dah rebus semua jagung tu. Huhu๐Ÿ˜‚
Jadi sebabkan tak berapa gemar makan jagung rebus kosong so nak buat jagung manis semanis manis senyumanmu. Auch. Haha. Ok dah merepek.

Bahan² nya tak banyak pun. 
1. Satu.. tongkol?? or batang?? jagung 
2. Satu sudu planta/mentega
3. Dua sudu susu pekat manis (nak lagi manis boleh tambah banyak lagi tapi jangan manis sangat. Kencing manis kang)
4. Sedikit garam

Cara²nya
1. Kerat? Parut? Jagung (al maklumlah lama tak belajar bahasa melayu.๐Ÿ˜ญ)
2. Bawak masuk dalam kuali. Panaskan atas dapur.
3. Masukkan planta/mentega dan susu pekat ke dalam jagung yang masih atas dapur. Gaul² kasi sebati.
4. Tabur garam sikit dan gaul lagi.
5. Siap.

Makan panas² best woo. Kat luar beli dalam cup kecik dah rm2.50. buat kat rumah boleh makan banyak. 
Ok tu je. Mudah je kan.
Selamat mencuba.๐Ÿ˜‰


Jangan Bimbang Hidup Sendiri

"Kenapa single?"
"Nak fokus study."
"Oh, okey."
"K tipu, sebab takda orang nak kat aku. ๐Ÿ˜ญ"
"Mana kau tahu takda. Kau boleh baca hati manusia ke?"
"Tak.. erkk, entahlah๐Ÿ˜–."
"Kau ada sukakan sesiapa dalam diam?"
"Suka dalam diam takkan dapat."
"Mana kau tahu?"
"Erkk, tak tahulah๐Ÿ˜ญ"
"Sabar ok. Kalau dah jodoh tak ke mana. Jangan risau dengan siapa Allah pasangkan untuk kau. Janji jangan jatuhkan maruah sebagai seorang perempuan Islam semata mata inginkan pasangan. Sentiasa berdoa dan berbuat baik๐Ÿ˜Š"
"Baiklah. Inshaa Allah.๐Ÿ˜ƒ"
Antara dalil ayat Al Quran yang menjelaskan makhluk Allah dicipta berpasang pasangan.

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณُ ุงุชَّู‚ُูˆุง ุฑَุจَّูƒُู…ُ ุงู„َّุฐِูŠ ุฎَู„َู‚َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ู†َูْุณٍ ูˆَุงุญِุฏَุฉٍ ูˆَุฎَู„َู‚َ ู…ِู†ْู‡َุง ุฒَูˆْุฌَู‡َุง ูˆَุจَุซَّ ู…ِู†ْู‡ُู…َุง ุฑِุฌَุงู„ًุง ูƒَุซِูŠุฑًุง ูˆَู†ِุณَุงุกً ۚ ูˆَุงุชَّู‚ُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ุงู„َّุฐِูŠ ุชَุณَุงุกَู„ُูˆู†َ ุจِู‡ِ ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุญَุงู…َ ۚ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ูƒَุงู†َ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุฑَู‚ِูŠุจًุง
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 
[QS. An Nisaa (4):1]


ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณُ ุฅِู†َّุง ุฎَู„َู‚ْู†َุงูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฐَูƒَุฑٍ ูˆَุฃُู†ْุซَู‰ٰ ูˆَุฌَุนَู„ْู†َุงูƒُู…ْ ุดُุนُูˆุจًุง ูˆَู‚َุจَุงุฆِู„َ ู„ِุชَุนَุงุฑَูُูˆุง ۚ ุฅِู†َّ ุฃَูƒْุฑَู…َูƒُู…ْ ุนِู†ْุฏَ ุงู„ู„َّู‡ِ ุฃَุชْู‚َุงูƒُู…ْ ۚ ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุนَู„ِูŠู…ٌ ุฎَุจِูŠุฑٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[QS . Al Hujurat (49):13)]
Wallahu'alam.

Hai. Hai, hai, hai.. hihi

Hai! Hai, hai, hai
Assalamualaikum
Hari ni tak share apa apa fakta pun. Sekadar nak ber wordless (erkk?) Nevermind. Hmmm. Sis takda topik. Rindu nak post entri tapi takda topik. Sadis. Perlu ke share my routine? Tapi sis banyak berperap dalam rumah je. Nanti²lah fikir balik. Mungkin pasal family, kawan, resepi, skincare product, make up... ops sis bukan jenis pakai make up. Haha. Haa mungkin pasal kucing. Tapi kucing kampung jelah. Or mungkin tentang sis sendiri...hehe ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Esok or bila² ada masa lapang sis akan update. Ok. Caio lu.

5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita


Setiap kejadian alam mempunyai dua makna, yang tersurat dan tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua maknanya. Ini termasuklah dalam perkara mengenai kucing.
Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Tuhan kepada kita? Mari kita renungkan bersama.
5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita6

1. Bahagian Kucing

Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah SWT itu?
Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Tuhan. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat Tuhan.
Maka kerana itu Allah SWT menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita.
Sebahagiannya milik orang lain atau makhluk lain. Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita4

2. 10 Kali Ganda Kebaikan/Ganjaran

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah SWT. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya, maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.
Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Tuhan sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.
Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah SWT telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang bakal diberikan kepada kucing.
Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Tuhan semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik, bukankah itu suatu yang mengujakan?
Alaa, an ambulance driver, feeds cats in Masaken Hanano in Aleppo

3. Belajar Ikhlas

Allah SWT membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.
Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?
Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.
Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Tuhan ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.
5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita7

4. Belajar Ihsan

Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin jengkel ulah lakunya. Boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah swt menghantar kucing itu sebenarnya untuk menguji kita.
Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan melaksanakan yang hak.
Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan. Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang.
Cuma yang diminta adalah sisa makanan barang sedikit sebanyak yang tidak habis untuknya makan. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya?
Ingatkah kita bahawa Tuhan sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian dan makhlukNya dalam emosi kita?
Inilah ilmu ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati Tuhan dalam setiap kata-kata, tindakan, fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang melakukan sesuatu dengan ingatan kuat bahawa Tuhan sentiasa melihat dan sangat hampir. Tiada satu pun dapat bersembunyi dariNya.
Malu kita pada Tuhan apabila apa yang dilakukan kita sehari-harian bukan seperti perintahNya malah kita gagal menjauhi laranganNya dalam beradab dengan sesama makhluk.
5 Tanda Kucing Datang Kepada Kita3

5. Kurniaan Rezeki yang Berpanjangan

Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian dari keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali.
Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan. Dari manakah datangnya rezeki ini?
Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk kita. Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah swt yang menjadikan rezeki melimpah ruah seperti hadith berikut:
Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”Hadis Riwayat al-Daruquthni dari Anas ra
Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita.
Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini lewat keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.
Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.
Ya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi turut dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat. Jika pintu rezeki di’meow’ di hadapan kita, terimalah dengan redha kehadirannya.

Sumber : http://www.ohmymedia.tv/infozon/info/5-tanda-kucing-datang-kepada-kita-4163/

Raya 2016

Hai assalamualaikum wbt. Sekian lama sis tak update blog. Tak update sebab takda topik and agak busy? Agak arrr. Untuk post kali ni tak taip panjang² pun just nak share moment² sepanjang raya. Ayat macam beraya sakan tapi realitinya..... seriously tahun ni raya tak berapa nak meriah macam sebelum ni. Banyak lepak kat rumah je. Maybe sebab family sis baru aje kehilangan datuk beberapa bulan lepas. Hmm. 
Gambar tersangat kurang. Duk kat rumah malaslah nak bukak kamera. Lagi satu family sis kurang up gambar kat public. sekeping jelah.
Potret hari raya. Setiap tahun mesti gambar tak berapa jadi. Tapi takpelah daripada takde langsung kan. Ok. Btw berjubah putih dengan tudung oren tulah myparent. Ayah sis bila nak bergambar muka memang macam tu. Garang pun garang. Hehe. Tapi dengan orang luar ayah baik hati je janji jangan mainkan anak² beliau. Kalau tak siaplah. Haha. Yang lain tu adik beradik sis, semua single. Entah bila boleh dapat kakak abang ipar. Haha

Hari pertama lepas habis solat hari raya, makan², terus ke rumah atuk belah mak. Kami panggil tokki. Kampung sis tak jauh sebab memang tinggal kat kampung. Kampung mak berjiran je ngan kampung ayah. Jodoh dekat katakan. 
Adik beradik mak ramai. Lapan orang tak silap. Jadi rumah tokki memang agak bisinglah. Tapi ada jugak yang balik beraya belah mertua. 
Newborn. Namanya Ahmad Aris Ramadhan. Sebab dilahirkan pada bulan puasa. Makna lain tak tahu. Ni cousin. Adhan ni tidur je sepanjang kami beraya. Orang bising pun dia tak kisah.
Lepas beraya rumah tokki. Pergi ke kampung saudara mara arwah atok nenek belah ayah. Ayah anak tunggal. Jadi yang ada mak saudara ayah saudara ayah, sepupu sepapat semua. 
Banyak rumah kami pergi. Macam² jenis makanan masuk dalam perut. Dalam satu hari makan nasi minyak, laksa utara, rendang, nasi ayam, koktail dan macam macam. Sampai je kat rumah masing² kejar ke tandas๐Ÿ˜‚ 

Raya kedua sis tak ke mana pun. Patutnya sorang member sis datang beraya tapi dia tiba² ada hal. Jadi sis mereput  kat rumah jelah. Nak drive takdak lesen. huhu. Adik beradik sis pergi jalan² beraya ke rumah kawan². Nasib baik ada sate dengan rendang yang mampu bahagiakan perut๐Ÿ˜‚.

Raya ketiga rumah sis didatangi oleh ahli saudara mara belah ayah dari kuantan. Lepas tu member sis whatsapp kata nak datang beraya. Kemain happy sebab ada jugak yang sudi beraya ke rumah. Sis bukan takda kawan cuma dulu sis sekolah jauh dari rumah. So, kawan² pun memang tinggal jauhlah. Kawan² kampung semua busy beraya dengan family. Bila ada yang nak datang memang bersyukur Alhamdulillah.
Lepas tu follow diorang beraya ke rumah kawan kawan yang lain.
Diorang ni schoolmate sis

Malas nak pakai baju raya, pakai blouse dengan skirt labuh je.
Masing² tengah belajar. Ada beberapa orang je yang tengah tunggu degree macam sis.

Perkara yang takleh lupa masa nak balik rumah. Tayar kereta kawan sis pecah.๐Ÿ˜‚ Masa tu dah nak magrid. Nasib baik tak jauh dari rumah kawan. Kesnya sebab ada sekumpulan budak laki bawak motor diorang taknak  elak. Jalan kampungkan tak luas. Lepas tu ada sebuah motor tu terlanggar tayar. Pecah tayar tu. Nasib baik budak tu tak apa apa. Rupa macam budak sekolah lagi. Risau jugakkan. Lepas tu kawan sis call mak dia. Lepas tukar tayar, ayah dia yang tolong hantar balik rumah. Dahlah sis paling jauh. Serba salah rasa. Nasib baik dah call ayah sis awal² sebab balik lewat. 

Macam tulah kisah di hari rayaku. Hari ni pergi kenduri kahwin je. Makan gulai kawah. Esok dah tak beraya sebab dua orang kakak sis dah nak pergi kuala lumpur. Abang pulak balik kemaman. Lusa Family kena hantar kakak sis pratikal kat Sabak Bernam. Huhu. 
Ok tu jelah. Kata tak taip panjang² konon. Hahaha, biarlah. Ok, Bye² Assalamualaikum ๐Ÿ˜‰