Sibuk nak masuk U

Hai assalamualaikum. Hehe



Penat oii, hadap kertas je pun boleh penat. Stress lagi. Betullah kata orang, nak masuk u bukannya senang. Nak apply upu pun kena fikir 10 kali nak pilih kos apa. Lepas dah dapat, kena isi macam macam jenis borang pulak. 
Berpuluh puluh keping borang kena print, lepas tu kena mintak pengesahan pulak. Part ni paling susab, sebab apa? Sebab tukang mengesah tu susah nak jumpa. Serius tak faham. Tapi sis senang je nak jumpa. huhuhu. kawan yang mengadu cakap nak jumpa pun payah kalah perdana menteri. 

Ni buka blog sebab nak lepas tekanan. 
Alhamdulillah semalam dah settle sikit kerja. Pergi bank bsn beli nombor pin, pergi buat gambar passport, pergi pejabat zakat, pergi pejabat yayasan, pergi buka akaun dekat bank Islam. pergi buka akaun sspn-i. Bangunan tu semua bukannya setempat je, boleh kata berpusing pusing satu negeri tu. Hahaha. K tipu je. Tapi serius bukan satu tempat. Kuala Terengganu kan luas. Huhu
 Yuran pengajian sebanyak rm3k+ pun dah selesai walaupun agak sedih melihat duit itu pergi sekelip mata. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Semoga haku tak malas. Kena terkenangkan sokmo duit tu biar tak membazir. Tapi senior cakap u tu dekat dengan mcD, Dominos, Pizza hut, mall, pasar malam, pantai, airport (ada kaitan ke๐Ÿ˜‚)
Godaannya banyakkkk๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Semoga mampu berjimat cermat. Dahlah buat pinjaman.๐Ÿ˜ข

Serius, tak ready lagi nak masuk belajar. Cuti tinggal seminggu lebih lagi. Dulu kemain bosan nak gila dengan cuti, sekarang sayang pulak nak tinggal cuti. Title menganggur dah nak habis. Huhu.
Bayangkan nanti empat tahun belajar. Masuk umur 19, habis je belajar dah 23 tahun tu pun nak dekat 24. Huish. Dulu hajat nak kahwin umur macam mak. 21 kot. Hahaha. Memang tidok lerrr. Takdok ore nok ko ambo. Hahaha. Gilo.

Abaikan. 

Belajar je dulu. Fokus on your future. Niat kerana Allah. Inshaa Allah. Ada jodoh ada lah. Mungkin kerjayaan sampai dulu kan. Huhu

Hmmm, u dengan matrik tak sama kan. Good luck pada diri sendiri. Semoga tak lupa pada Allah. Jangan terpengaruh dengan benda tak baik. Iman kena topup selalu. Ada baca u banyak kes iman terpesong. Nauzubillah, minta dijauhkan. 

Oklah. Sesiapa yang baru nak ke alam universiti tu pun goodluck. Jaga diri berbaik. Jangan terlalu harapkan terlanggar bahu, kertas berterabur, tolong kutip tersentuh tangan, bertentangan mata, jatuh cinta... takda maknanyaaaaaaa. Hahaha

Ok tu sahaja celoteh bahang rabang sister. Maaflah cerita tunggang langgang. memang macam tu sokmo. huhu. ok Bye, Assalamualaikum

2 comments:

Miss Xyz said...

Saya nak tanya, klu nk bukak akaun sspn tu kat bank islam, bawak duit je kan? Takyah bawak borang yg kena download dri rumah ke apa ke?

Mizah Rosidi said...

Tak pasti tapi hari tu saya baru bukak akaun bank islam, lepas tu bila nak buat sspn, pngawai cakap tak boleh buat dekat situ. Kena pergi buka dekat pejabat ptptn. Nak bukak bawak duit dengan ic je ๐Ÿ˜Š