My Princess Part 1


  “Kita tinggal di sini? Neon michosso?” tanya Chunji tidak percaya apabila memandang sebuah rumah kecil yang kelihatan kusam di hadapannya. “ Mestilah, ini saja satu- satunya rumah yang sewanya kurang dari 200,000 won sebulan. tu pun bila letih aku pujuk tuan punya rumah ni.” ujar Jinyoung lalu membawa bagasinya menghampiri pintu rumah itu. Chunji memerhati sekeliling sebelum dia berlari mengikut Jin Young. Entah mengapa bulu romanya tiba- tiba tegak.
    Sebaik saja pintu di buka, terlopong mulut Chunji apabila mendapati ruang tamu rumah itu kosong dan penuh dengan habuk. Chunji cepat- cepat menutup mulut apabila dia berasa mual kerana tidak selesa dengan bau di rumah itu. “Kau ni, macam orang mengandunglah.” tegur Jinyoung. “Bukan mengandunglah! Aku cuma tak biasa dengan keadaan macam ni.” balas Chunji. “Tak biasa konon. Berlagak macam orang kayalah kau ni. Duit 1 won pun kedekut nak bagi ada hati nak tinggal kat tempat yang best- best.” sindir Jin Young lalu memasuki rumah itu. “Tak mengapanya, kita tinggal di sini 2 bulan saja.” sambung Jin young lagi manakala mata Chunji  masih melilau memerhati sekeliling. Mengalahkan perempuan betullah!
   Jin Young menuju ke bilik. Hanya terdapat satu katil bujang di situ. “Bo, kita ada dua orang tapi katil ada satu saja? Macam mana nak tidur?” bebel Chunji tidak habis- habis. “Kongsi sajalah.” ringkas Jin Young membalas. “Bo? Kongsi? Andwae! Aku tak nak!” Chunji yang memang jenis tidak mudah berkongsi dengan orang lain mula membayang perkara yang bukan- bukan. Cepat – cepat dia menuju ke luar rumah.
    Tiba- tiba matanya tertancap ke arah seseorang gadis. Gadis itu sedang memetik sekuntum bunga mawar di bahu jalan. Apabila dia memandang ke arah Chunji. Dia telah menghadiahi Chunji senyuman yang ikhlas. Chunji mula kaku dan bibirnya turut membalas senyuman itu. Entah comel entah tidak senyumannya. Sebaik gadis itu berlalu, Chunji masih lagi tersenyum sehingga Jin Young berada di sisinya pun dia tidak sedar.
  “Hoii!” jerit Jin Young yang berada di sebelah Chunji. “Oh yobo yaeppo!!” latah Chunji lalu dia menutup mulutnya kerana terlepas cakap. “Bo? Yobo? Michosso? Aku lelaki lah. “ pelik Jin Young apabila menyangka Chunji memanggilnya ‘Yobo’. Chunji yang malu terus berlari masuk ke dalam rumah tapi keluar semula kerana tidak tahan dengan bau rumah tersebut. Terpaksalah Jin Young mengemas seorang diri.
   Sementara Jin Young sedamg mengemas di dalam, Chinju hanya membersihkan laman hadapan rumah. Kemudian dia melihat sepohon pokok bunga mawar  di seberang jalan hadapan rumahnya. “Adakah gadis tu suka dengan mawar?” fikir Chunji. Dia memerhati sekeliling kawasan itu. Lenggang. Di rumah lain yang paling dekat dengannya adalah lebih kurang 100 meter dari rumah sewanya. Antara rumah sewanya dengan jirannya terdapat tembok batu.
   Beberapa jam kemudian, mereka pun selesai mengemas. Chunji cepat- cepat berlari ke bilik lalu duduk di atas katil. “Katil ni, aku punya! Kau tidur bawah.” arah Chunji sewenang- wenangnya. “Bawah? Setahu aku, rumah ni setingkat saja. Macam mana nak tidur di bawah atau ada bilik bawaqh tanah?” Lurus bendul Jin Young bertanya. “Bukanlah. Tidur di atas ni.” ujar Chinju sambil  memhentak kakinya di atas lantai. “Bo? kenapa aku kena tidur atas lantai pula? Katilkan ada.”  Jin Young masih tidak faham dengan maksud Chinju. Chinju buat- buat tidak dengar. Akibat terlampau penat. Dia tertidur di atas katil sambil kaki dan tangannya sengaja terlentang luas kerana tidak mahu memberi Jin Young ruang sedikit pun. Memang kejam betullah.
  “Stop, stop, brea..king myhaert..I love you girl…stop,stop, brea..king myheart..I need you girl…” Chunji yang terlalu asyik menyanyi dengan menggunakan penyapu sebagai mikkrofon tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. “Ounetara lilga bogosiptanan!!!!!” Mata yang memerhati mula tergelak melihat gelagat Chunji yang sedang menyanyi bahagian high vocal tetapi sayangnya, suaranya pecah. Memang patut digelakkan.
“Hahahaha..” Chunji terus berhenti menyanyi apabila terdengar seseorang ketawakan dia. Dia melihat seorang gadis beruniform sekolah sedang ketawa kecil di seberang jalan. Muka Chunji mula merah padam. Malunya!! Kemudian, gadis itu bertepuk tangan untuknya. “Suara awak bestlah tapi part..” gadis itu cuba memuji namun cepat- cepat Chunji memotong. “Gomawo tapi suara saya tak berapa sihat hari ini, sebab tu pecah. hehehe..” ujarnya cuba menutup malu.
“Nama awak apa?” tanya Chunji ketika mereka berjalan- jalan ambil angin. “Son Naeun. Awak?” sepatah gadis itu menjawab. “Oh, saya Lee Chan Hee tapi orang lain panggil Chunji.” balas Chunji malu- malu. “Kenapa?” Naeun ingin tahu namun Chunji hanya mengangkat bahu.

No comments: