SAHABAT SEJATI sukar dicari

ASSALAMUALAIKUM.

Sukarnya tuk dapatkan sahabat yang benar- benar ingin bersahabat dengan kita.
Hari ini saya sedih plus kecewa dengan kawan saya. saya anggap diorang kawan baik tapi takde siapa sedar bahawa manusia bila2 masa boleh berubah.
"Gunting dalam selimut."
peribahasa yg sesuai tuk problem ni.

Time tu, saya ikhlas tolong diorang, tapi tak sangka keikhlasan saya dibalas dengan racun.
saya dituduh bersalah oleh kawan sendiri. meletak kesalahan diatas bahu saya.
Kalau betul semuanya salah saya, kenapa saya tak sedar? kenapa tak kasi tahu awal2? kenapa selepas seminggu kes tu berlaku baru tuduh saya? kenapa mesti orang yang tak ade kaitan yg pergi berhadapan dengan saya? kenapa bukan diorang? kalau rase diri tu tak bersalah, tak payah jadi pengecut. face to face lah. 

btw, saya tak tahu siapa yg bersalah plus berdosa dalam kes ni. hanya Allah SWT saja yang tahu. hanya DIA yg layak membalas perbuatan pesalah itu.
sejak tu, saya stop campur dengan diorang. saya jugak tak nak bersubahat bila tahu diorang bawak barang larangan ke sekolah.

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
.
5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



No comments: