
ni team pratikum sis, semuanya perempuan, mula mula tu ada lelaki seorang lepas tu dia tukar ke modul 2 tak silap. entah apa masalah dia, abaikan dia. hahaha
ok, perjalanan sepanjang hidup korang as student matrik ni, korang kena pergi kuliah, lepas tu kelas tutoran, lepas tu koko. semua tu korang akan tahu masa orientasi nanti. matrik ni memang laju, tapi taklah selaju yang korang sangka kalau korang pandai manage masa. duk kat matrik korang kena rajin. nak berjaya of course kena rajin, kalau tak faham wajib dalam kuliah pergi pejabat pensyarah tanya pensyarah, tak payah nak malu malu, pensyarah takkan marah. pensyarah tak boleh marah kalau student tak faham tapi kalau student tu tak faham lepas tak tanya lepas tu bila pensyarah tanya tak boleh jawab yang tu of course lah korang kena marah. aku pun marah. oppss
ni rupa dewan kuliah kecil. student akaun majoriti akan di kuliahkan dalam dewan ni. btw ni student akaun a3, bergambar sempena kuliah terakhir kami.cuba teka mana satu pensyarah. haha
ni suasana kuliah dalam dewan kuliah besar. dewan ni sis jarang masuk sebab budak akaun jumlah dia sikit je. kadang kadang je kami belajar dalam dewan ni. dont worry, semua dewan ada aircond
ni bangunan kelas tutoran, siapa dapat kelas dekat aras tiga paling beruntung, haha, sebab free free je boleh exercise. haha
suasana dewan besar kolej, nama dia Dewan Ibnu Yunus. masa ni ada majlis iftar perdana (atas) dengan majlis makan malam anjuran Sahabat Al Fateh sempena pesaraan pengarah. (bawah)
gambar ni di ambil masa sis training memanah. acah acah je tu. abaikan jelah. btw bangunan belakang tu ialah blok kediaman kmkt. total semua ada 4 blok.
suasana kafeteria dekat blok kediaman.
antara aktiviti semasa kelas kokurikulum. hiking bukit, berkawad, golf, badminton, ping pong blablabla
ni dekat library. patutnya banyak gambar kat library tapi sis tak jumpa, hmm pelik ni, tapi kat situ tempat paling best nak study, nak lepak, nak tidur (opss) sebab ber aircond, haha
pejabat pentadbiran.
untuk pengetahuan adik adik, kolej ni masih baru, batch korang kiranya batch ke tiga belajar dekat kolej ni. so erm surau belum ada kat kolej ni tapiii, jangan risau sebab solat jemaah tetap dijalankan di dewan Ibnu Yunus. sorry tak ada gambar, entah dah hilang ke mana ntah.
ok, itu jelah ya sis nak sampaikan. banyak sebenarnya tapi tak larat dah. hahaha. oh ya, perkhidmatan atm, wifi ada tau. nak password? kenyit kenyit sikit dekat akak abang fasi tu mana tahu ada chance kan. haha
btw, all the best and good luck adik adik yang ditawarkan ke program matrikulasi. tahniah sebab terpilih, bukan senang tau yang penting usaha tu kena ada. ok tu je, bye bye assalamualaikum, muah ciked.
p/s: nak tanya apa apa soalan boleh komen atau nak lagi pantas boleh email ke oneyyemyza97@gmail.com
