Life as student Kolej Matrikulasi Kelantan

Hai dearest, selamat petang...or malam? Hahaha, biarlah petang ke malam pun. Hari ni macam sis kata pada post sebelum ni nak story mory sikit pasal kmkt kan. Haa, tapi sis story apa yang sis tahu jelah ya. And gambar tak banyak sangat sebab sis dan transfer ke laptop, ni sis publish ikut phone.
Ok, first macam biasalah nak masuk tempat orang kena check in dulu, daftar semua dengab dokumen dokumen yang mana patut. Kalau ikut pengalaman sis, kami dapat kunci bilik, kunci locker, air mineral, baju sukan kolej 2 helai (sepatutnya 4 helai tapi lagi 2 dapat lewat sikit.) lepas tu naik bilik pergi kemas barang sambil kenal kenal roomate baru.
ni rupa bilik korang, btw gambar di ambil masa nak keluar dari matrik dah. lawa kan? satu bilik untuk 4 orang. Alhamdulillah, sis selesa duk kat sini. semua kelengkapan ada.
Lepas daftar macam biasa juga life as student kan mesti lah ada orientasi or kami call minggu MPBB (rasanyalah, tak pasti jugak, hehehe) sepanjang program korang akan di handle oleh para fasililator or senior korang. Sis tak join pun sebab malas... Hehe tapi takpe, sis dah tengok nama fasi korang, semua baik baik. Haha. so, kalau ikut pengalaman sis, sepanjang minggu itu akan ada macam macam aktiviti. korang akan tau nanti.
lepas seminggu tu, baru la mula kehidupan sebenar korang yakni masuk kuliah, masuk tutoran, amali, kokurikulum dan bla blabla
mesti korang nak tahu macam mana proses pembelajaran dia kan?
ok macam ni. sis cerita apa yang sis faham lah. nanti sebelum masuk sesi nak belajar, korang akan dapat nama pratikum dengan kuliah korang. macam sis, kuliah akaun A3, pratikum T6, so nama kumpulan sis A3T6. student sains pulak sis ambil contoh dari roomate sis, S1BT7, S1 sebab dari sains modul 1, B tu kumpulan kuliah, T7 tu nama pratikum.
subjek student perakauanan pulak of course lah akaun, ekonomi, pengurusan perniagaan dan matematik.
budak sains pulak ada tiga modul. untuk modul 1 kena ambil subjek biologi, fizik, kimia dan matematik. modul 2 pulak fizik, kimia, sains komputer dan matematik. modul 3 pulak biologi, kimia, sains komputer dan matematik. sis tak pasti student sains boleh pilih or tak modul tu semua. tapi yang pasti student sains boleh nak tukar akaun tapi student akaun nak ke sains tak boleh kecuali kes tertentu.
ni team pratikum sis, semuanya perempuan, mula mula tu ada lelaki seorang lepas tu dia tukar ke modul 2 tak silap. entah apa masalah dia, abaikan dia. hahaha

ok, perjalanan sepanjang hidup korang as student matrik ni, korang kena pergi kuliah, lepas tu kelas tutoran, lepas tu koko. semua tu korang akan tahu masa orientasi nanti. matrik ni memang laju, tapi taklah selaju yang korang sangka kalau korang pandai manage masa. duk kat matrik korang kena rajin. nak berjaya of course kena rajin, kalau tak faham wajib dalam kuliah pergi pejabat pensyarah tanya pensyarah, tak payah nak malu malu, pensyarah takkan marah. pensyarah tak boleh marah kalau student tak faham tapi kalau student tu tak faham lepas tak tanya lepas tu bila pensyarah tanya tak boleh jawab yang tu of course lah korang kena marah. aku pun marah. oppss

ni rupa dewan kuliah kecil. student akaun majoriti akan di kuliahkan dalam dewan ni. btw ni student akaun a3, bergambar sempena kuliah terakhir kami.cuba teka mana satu pensyarah. haha


ni suasana kuliah dalam dewan kuliah besar. dewan ni sis jarang masuk sebab budak akaun jumlah dia sikit je. kadang kadang je kami belajar dalam dewan ni. dont worry, semua dewan ada aircond

ni bangunan kelas tutoran, siapa dapat kelas dekat aras tiga paling beruntung, haha, sebab free free je boleh exercise. haha
suasana dewan besar kolej, nama dia Dewan Ibnu Yunus. masa ni ada majlis iftar perdana (atas) dengan majlis makan malam anjuran Sahabat Al Fateh sempena pesaraan pengarah. (bawah)

gambar ni di ambil masa sis training memanah. acah acah je tu. abaikan jelah. btw bangunan belakang tu ialah blok kediaman kmkt. total semua ada 4 blok.

suasana kafeteria dekat blok kediaman.

 antara aktiviti semasa kelas kokurikulum. hiking bukit, berkawad, golf, badminton, ping pong blablabla
ni dekat library. patutnya banyak gambar kat library tapi sis tak jumpa, hmm pelik ni, tapi kat situ tempat paling best nak study, nak lepak, nak tidur (opss) sebab ber aircond, haha

pejabat pentadbiran.

untuk pengetahuan adik adik, kolej ni masih baru, batch korang kiranya batch ke tiga belajar dekat kolej ni. so erm surau belum ada kat kolej ni tapiii, jangan risau sebab solat jemaah tetap dijalankan di dewan Ibnu Yunus. sorry tak ada gambar, entah dah hilang ke mana ntah.



ok, itu jelah ya sis nak sampaikan. banyak sebenarnya tapi tak larat dah. hahaha. oh ya, perkhidmatan atm, wifi ada tau. nak password? kenyit kenyit sikit dekat akak abang fasi tu mana tahu ada chance kan. haha
btw, all the best and good luck adik adik yang ditawarkan ke program matrikulasi. tahniah sebab terpilih, bukan senang tau yang penting usaha tu kena ada. ok tu je, bye bye assalamualaikum, muah ciked.

p/s: nak tanya apa apa soalan boleh komen atau nak lagi pantas boleh email ke oneyyemyza97@gmail.com




12 comments:

Muhd Irfan Sauti said...

salam kak,sy bkal student kmkt 5 jun nie,
nk mintak tips study kat matriks nie..hehe..sbb skrang nie pon rse xsdap hati pulak sbb rmai yg ckap matriks nie ssah termsuklah spupu sndri

Mizah Rosidi said...

Waalaikumusalam
First, tahniah irfan sebab dapat ke kmkt.
Ok, memang majoriti orang orang luar akan kata macam tu. Akak dulu pun macam tu jugak. Rasa seram je nak pegi matrik. Tapi sebenarnya nak pergi belajar semua susah dik. Semua kena usaha. Tipsnya kena rajin. Wajib rajin. Member akak zero basic akaun, tapi result pspm 1 diorang 4.00, 3.5+. Sebab rajin, bila tak faham tanya dalam tutoran or usaha diri naik cubicle pensyarah, tanya personal apa yg tak faham dalam kuliah. Homework , amali kena siapkan. Rajinkanlah diri join studygroup. Kena pandai manage masa belajar dengan main sebab lelaki kan tak boleh lari dari mainan. Haha. Apalagi ea? Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. Erm, kalau boleh nak pnjang lebar lagi. Apa apa soalan lagi boleh terus email. Ok. Good luck��

ailanamza said...

Salam sis nk tanya public transport Ada tak? Ataupon jauh tak dr kmkt? Contohnya ktm

Nuralia Shafiqa said...

salam,akak.sy dpt kmkt 2thn tp add math E n math A.pd pndpt akak better form6 or matrikulasi

Mizah Rosidi said...

Wsalam, public trnsport ad mcm teksi, bas , prebet. Ktm akn xtau sbb xpernah naik.

Mizah Rosidi said...

Wsalam, 2 thun mksud adik dpt pdt k? Syarat mtrik addmath kena lulus. Antara f6 or matrik atas kmampuan masing² . Dua² pun okey cuma nk cepat k dgree ambik matrik la n sijil matrik pun dah diikhtiraf mcm stpm 😃

Mizah Rosidi said...

Wsalam, 2 thun mksud adik dpt pdt k? Syarat mtrik addmath kena lulus. Antara f6 or matrik atas kmampuan masing² . Dua² pun okey cuma nk cepat k dgree ambik matrik la n sijil matrik pun dah diikhtiraf mcm stpm 😃

Mizah Rosidi said...

Wsalam, public trnsport ad mcm teksi, bas , prebet. Ktm akn xtau sbb xpernah naik.

Syahzanani Afiqah said...

Wahhhh akak 😍😍 sy suka baca blog akak. Kikikikiki

Mizah Rosidi said...

Betul k dik? Akak terharuuu sangat 😂😂😂😂

Nur Syahirah said...

assalamualaikum maaf nak tanya akak.. transport blh x bawak sndri? mcm motor? sya ni f5 2017 sya mmg nk msuk metrik.

Mizah Rosidi said...

waalaikumusalam Syahirah, maaf sebab baru hari ni balas komen awak. akak busy sikit sejak masuk sem baru ni.
utk soalan Syahirah, kalau diikutkan sesi akak dekat matrik kmkt, kenderaan yg berenjin dilarang bawak macam motor or kereta. mungkin akan membahayakan pelajar lain dan kalau nak bawak basikal amat digalakkan sebab kawasannya sesuai untuk kayuh basikal bila riadah tapi kena sendiri pandai jagalah basikal tu. hehe