Sahabatku Kembarku

Hai assalamualaikum
Korang pernah tak jumpa someone yg mana korang tak ada apa apa pertalian pun dengan dia. Nak kata sepupu bukan, mak ayah pun takde kena mengena tapi muka korang dengan someone serupa macam kembar hilang jumpa kembali! (amboi ayat) 

Ni dah terjadi dekat sis. Namanya Syazwani Najwa. Nickname wawa. At first kenal masa tu sis form two, dia muda setahun. Tak sempat kenal dia dah orang tanya "Mizah, kau ada adik sekolah kat sini ke?" of course kata tak. Katanya sebijik muka sis. Tapi sis tak berapa minat nak ambil tahu hal budak budak junior ni. Then one day ada sorang member baik sis ni suka baca komik. Sis tanyalah dari mana dapat komik tu? Sebab berminat nak pinjam kan. Then dia cakap dia pinjam dari seorang junior ni nama wawa. Sis pun segan gak ar. Lepas member kenalkan wawa pada sis. Masa tu tak cam lagi, member pun tak bunyi pape pun. Kebetulan masa tu sis minat giler kpop. And si wawa tu pun giler kpop gak. Jadi kami makin senang nak kamcing. Paling tak tahan beg sekolah kami berdua serupa. Bezanya warna sis of course la purple, wawa choco. Tapi tak sedar lagi muka kami serupa (sebab rasa memang beza kott, wawa pun rasa camtu) then sedar bila ada orang salah panggil sis wawa. Member member sis yang lain pun cakap benda sama. Kata kami serupa sangat. Ada yang ingat kami kembarlah, adik beradiklah. Tapi takpelah, tak kisah pun. Then kebetulan lagi, haha, rumah si wawa ni kat kampung sebelah. Maknanya agak dekatlahkan. Wawa ada datang rumah. Family sis terkejut tengok. Mak ayah wawa pun kata muka kami macam kembar. Dah bila mak ayah sendiri cakap macam tu mungkin betulah kot. Haha. Kelakar pun ada kekadang. Bila pergi mana mana mesti orang tanya sepupu ke? Kakak ke? 
Kami bersama tiga tahun je. Sebab bila wawa naik form four dia dapat tawaran ke sbp. Maka berpisahlah kami. Tak ada sudah bunyi adik kak mizah, kembar mizah, kakak wawa tu semua kat sekolah. Kat kampung pun jarang jumpa sebab budak sbp kan jarang balik.

Kami ada tahi lalat lebih kurang sama gak. Haha. Sis tengah atas bibir, wawa kanan sikit. Haha

Kat kolej pun ada gak. Nama dia Nuha. Ramai sangat kata muka serupa. Ramai member si nuha silap panggil sis ni nuha. Beza kami tinggi rendah je. Sis tak faham macam mana dorang tengok. Huhu.

Sis rasa faktornya oleh cermin mata. Maybe. 

Ada yang kata ada tujuh orang muka sama atas bumi ni. Adakah sis dah jumpa dua orang? Huhu.
K tu je nak story. Byebye