Trip to Pantai Bukit Keluang

Hai assalamualaikum.
Hari ni sis nak share kisah perjalanan ke Pantai Bukit Keluang. Almaklumlah pengalaman pertama sebab tu nak share.
First, siapa siapa yg tinggal belah Kelantan ke Terengganu mesti pernah dengar and singgah dekat Pantai Bukit Keluang, Besut. Ia salah satu tempat perlancongan dalam Terengganu. Nak tau kat mana? Hang pi bukak waze, jumpa lah nanti๐Ÿ˜‚
Ok, alkisahnya begini. Sis and the geng plan nak ke PBK dari minggu lepas. Sepatutnya pergi 3 buah kereta tapi ada yg terpaksa cancel tinggallah satu kereta geng sis lagi sebuah geng kakak kawan sis. Kami naik kancil (sewa),  diorang naik axia. Mulanya sis ingat perjalanan biasa je tapi lepas sorang kawan sis cakap kena bertolak awal pagi sebab nak pergi tengok sunrise. Terkejutlah sis, siapa punya idea tak tahu tapi sis follow je selagi ayah bagi green light.
Tibalah hari ni, selepas azan subuh sis dah bersiap siap. Rasa macam tak logik je nak panjat bukit pagi pagi. Tunggu kawan kawan mari jemput sebab kata dalam pukul 6 lebih bertolak. Tunggu punya tunggu dalam 7 lebih gak baru sampai tapi terlajak ke depan. Gigihlah sis berlari pagi pagi. Nampak sangat plan nak tengok sunrise kononnya tak jadi. 
Lepastu bayangkan kereta yg kami naik kereta manual yang lama. Kawan dah drive habis laju dah tapi tetap kena tinggal jugak dengan geng kakak tu. Almaklumlah diorang naik auto. Dari kuala berang ke besut kami no hal lagi sebab jalan straight je kecuali kat sungai tong kena belok kiri (ada signboard). Tapi nak cari jalan nak ke bukit raja tu kami lost. Dahlah kena tinggal. Try call geng kakak tu, takde line pulak. 
Tiba tiba dapat call dari nombor tak kenal. Ingatkan geng kakak tu tapi bukan, rupa rupa exclassmate matrik sis, si Anis call. Dia tahu kami nak ke PBK. Alhamdulillah. Dia yang tolong kami sampai ke PBK. Mula mula dia suruh masuk kampung raja. Kami jumpa je signboard kg raja kami masuk je. Pusing pusing pusing (ada nyaris excident nak langgar tiang, Alhamdulillah selamat)  pastu call si Anis balik, jumpa dia dekat Smk Tengku Mahmud 2. Kami follow je dia.. Yang kelakarnya sebab kami follow je dia, dia langgar jalan sehala kami pun langgar jugak. Sis faham sangat perangai Anis ni. Tak makan saman.
Kat situ dah makan banyak masa. Dalam pukul 9 or 10 baru sampai PBK. 

Say goodbye to Anis, jumpa sekejap je sebab dia kena bertolak ke Kemaman pulak.
Disebabkan first time, kami blur. Kat mana nak naik ni? Jumpa tangga naik ke atas tapi tengok ramai orang turun. Kawan sis tanya makcik yang jual air dekat dekat situ. Katanya nak naik ada kat depan sana. Kami pun jalan kaki. Jauhnya. Betul tak ni? Tapi ramai yang ikut jalan tu.  Follow jelah. 
Bila jumpa jalan naik tu, sis be like biar betul. Teguq ayaq liuq. Seram mak aih, macam licin je. Tanah tak basah pun.
 Kami pun mula naik. Allahu, sis lama sangat tak aktif, paha rasa kejang. Semput lagi, perut pulak kosong. Lagi satu sis ada lelah, inilah manusia yang degil. Tapi sis gagahkan jua naik. Dalam kepala bila nak sampai ni?? Pasaipa bukit ni tinggi sangat? Dah nama bukitkan. Ish kau ni mizah. Rasa pening, loya semua ada. Tahan tahan. Kau kuat mizah. Panjat panjat akhirnya nampak puncak. Alhamdulillah. Kurang satu beban.
 
Pulau belakang tu macam ikan paus je๐Ÿ˜‚
 

Puas berselfie kami pun nak turun. Mula mula tu kami berempat lagi lepas tu sebab sis yang lembap๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sis dengan ira kena tinggal belakang. Tapi kami tak kisah sebab fikir ada sign ke apa. Lepas tu kami jumpa simpang, satu nak ke atas, lagi satu ke bawah. Konfius. Ada dua orang lelaki kat belakang dia tunjuk ikut jalan yg turun. Kami berdua pun ikut jela tanpa fikir panjang. Sedar sedar tak ada orang. Pelik. Rasa macam ramai kat belakang tiba tiba tinggal kami berdua. Aasudah. Mana orang lain yanh ramai ramai tadi? Nak buat camne dah, turun jela. Kami follow je kesan tapak kasut. Maybe jalan ni betul jugak tapi jarang orang guna kot. 
muka tak bersalah pun lalu jalan lain.

And "debuk!!" sis terseliuh time turun tu. Adoi sakit tulang pinggul sebab jatuh atas akar kayu. Tapi sis cepat cepat bangun. Tak nak layan sangat sakit ni kalau tak nanti melarat. "Im okey, im okey" padahal tangan dah sakit. Lepas tu kena turun lagi berhati hati sampai jumpa jalan betul. Baru jumpa orang ramai. Alhamdulillah. Turun turun sampai jugak destinasi. Semput takyah cakap. Berpeluh sakan rasa nak je terjun dalam laut tapi tak bawak baju pulakkk. Sakit dah hilang tapi lengan lebam sikit. Biasalah tu buat aktiviti lasak kena rasa benda macam ni. Kat bawah baru tahu jalan kami guna tu jalan curam, memang jarang orang guna. Pasni serik dah oii. Takpelah tak pecah lemak pun๐Ÿ˜‚

Sebelum ni masa kelas kokurikulum lect ajak daki bukit belakang kolej. Sis jatuh jugak masa tu. Time tu nak turun, eksaited sangat nak turun sekali licin jatuh atas batu. Dahlah kat depan sis student laki. Dia yangbjauh ke depan  tinggal jauh sis berlari dapatkan sis. Dia tolong sis bangun.๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ๐Ÿ™ˆ bodohnya masa tu. 

Selesai daki Bukit Keluang kami pun bertolak balik. Malas nak singgah kat lain kang tak pepasal sesat pulak. 
Lepas tu nak singgah makan tapi tak tahu kedai mana yang best so kami decide cari kedai kat kuala berang je. Jalan jauh jauh, kat kampung sendiri jugak tempat nak makan. Bila balik kakak sis tegur muka burn. Oh ku pasrah jelaaa.

So, macam tu la trip kami yang agak berjaya ni. Insha Allah pasni nak pergi lagi tapi tak daki bukit kot. Nak main banana boat kot. Hahaha. Inshaa Allah

K tu je. Tak larat sebenarnya. Sory ayat tak best. Skema semacam je. 


No comments: