Rezeki di UMK

*maaf dengan penggunaan 'aku' di sini*
Timbalan Naib Canselor UMK berkata
"Universiti yang lain menghasilkan graduan yang mencari perkerjaan tetapi Universiti Malaysia Kelantan menghasilkan graduan yang menyediakan pekerjaan untuk graduan lain."
First impression aku bila dapat tawaran sarjana muda keusahawanan (hospitaliti) dengan kepujian di umk, aku happy sebab berjaya di tempatkan di universiti. Aku tak fikir panjang lagi pasal kos yang aku dapat. Selepas tu baru aku baca balik nama kos tu dan yaa. Hospitaliti? Apabenda tu? Bila tahu semua kawan kawan aku dapat kos yang bunyinya agak hebat hebat belaka. Aku sedih. Kekadang malu.. Ada yang dapat perakaunan, perniagaan, perbankan, perubatan dan macam macam. Dan aku? Hospitaliti. Aku fikir kos aku untuk budak budak yang desperate. Terdesak nak masuk universiti. Aku bimbang kerjaya kos ni tak meluas macam yang lain. Aku sendiri tak faham kenapa aku jadikan kos ni sebagai pilihan ketiga dalam upu. Sampaikan aku bertekad ingin buat rayuan tukar kepada kos perbankan bila masuk sem baru. 
Tetapi itu dulu, sebelum aku jejak kaki di Universiti Malaysia Kelantan. Kini aku sedar, aturan Allah semuanya indah indah belaka. UMK. Dulu aku fikir universiti ni biasa biasa. Tak sehebat UM, UKM, USM dan lain lain. Betul lah kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Rupa rupanya universiti ni fokus utamanya ialah keusahawanan. Universiti Keusahawan di Malaysia. Dah banyak kali masuk surat khabar dan berita cuma aku yang terlepas pandang. Sedangkan cita cita aku mahu menjadi usahawan dari zaman sekolah. 
Berbalik kepada topik hospitaliti. Ramai yang anggap kos hospitaliti maksudnya bekerja di hospital. Menjadi tukang masak di hospital, cuci katil pesakit, tukang sapu hospital dan apa apa yang berkaitan hospital. Sebenarnya tidak! 100% salah! 
Kisahnya bermula apabila seorang senior menceritakan bagaimana pembelajaran dalam kos ini serta seorang dekan dari fakulti hospitaliti, perlancongan dan kesejahteraan datang memberi taklimat. Hanya dengan melihat video sahaja aku faham apa yang berkaitan dengan hospitaliti. Dan aku mula sedar. Bukankah itu yang aku impikan sebenarnya? Sungguh indah aturan Allah. Aku akan berusaha belajar dengan baik. Inshaa Allah
 Aku tak pandai nak bagitahu hospitaliti itu macam mana. Korang hanya perlu taip hospitaliti di google dan lihat imej. Korang akan faham. TNC juga berpesab jangan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Universiti universiti hebat yang lain kerana UMK ialah sangat RELEVAN, UNIK dan BERBEZA. 
Peace yow
Sesungguhnya rezeki Allah itu luas.

2 comments:

syazwan daniial said...

Tahniah dapat apa yg dihajati...

Mizah Rosidi said...

Alhamdulillah terima kasih 😁