Hari Kelam Penuh Kabut #studentlife

hai
haha
maaflah, sebab kan terlampau sibuk dengan assignment sampaikan boleh terlupa pasal blog ni.
lagi satu takda topik nak kongsi.
k
ada sebenarnya ada tapi dah lupa. huhu
oh ya sis baru je habis cuti midsem. wuuu, cuti pun busy okey. cuti berassignment. pening doi. 
nak citer sikit benda ni berlaku baru je semalam.
bayangkan masa hari nak submit assignment untuk group sis, masa tu assignment subjek marketing. memang fuhh. miss sis mintak submit hari tu sebelum 3 petang. mula- mula macam okey je lepas tu tiba- tiba masalah muncul. aa sudah. masalah first bahagian yang patut seorang ahli sis ni siapkan jadi tak sempat siap sebab keyboard laptop dia tiba- tiba rosak. masa tu dah dalam pukul 10 pagi. ok kami tenang lagi. pukul 12 - 2 ada kuliah. kami cari alternatif lain sampaikan dalam kuliah tengah hari tu. kami tak dapat fokus. ahli seorang tu dia cuba siapkan dalam tab dia.
kiranya kami hanya ada baki satu jam nak kena pergi print dokumen lepas tu pergi binding. kami harap macam tu.
tapi siapa sangka, perancangan manusia tak semua akan menjadi. 
sis ada printer, printer baru. bayangkan dalam kelam kabut tengah print tu tiba tiba ada sebijik pin kepala bulat jatuh dalam lubang letak kertas printer tu. ya Allah, perasaan masa tu tak tahu nak cakap cam mana. try ambik balik tak boleh. bukak segala body printer tu suluh semua lubang tak jumpa jugak. dan yes sis nak menangis. tapi tahan dulu. cuba print macam biasa tapi jadi stuck, ada benda yang sekat kertas tu. dengan kerja tak sempat siap lagi. part printer ketepikan dulu, settlekan kerja dulu. cari bilik yang ada printer, semua kehabisan dakwat. diri dah tak terurus dah. lepas tu member group ajak ke bilik dia. blok sebelah punya sebelah. apa lagi, berlari dari bilik sis kat aras tiga tu sambil peluk laptop. dah lah penat panjat tangga tak hilang lagi.
masa tu dah jam 3.
sis dah tak bersemangat nak buat assignment. kemurungan dah. member lain uruskan cepat cepat. apa nak jadi, jadilah. kena potong markah pun biarlah, kami dah redha. apa yang kami nak ialah miss terima kerja tu, bukan reject. siap semua kami berlari ke pejabat pensyarah. dah lah kena lalu dekat padang dengan lopak air lagi. baru lepas hujan kan. sampai je dekat pintu bilik miss kami tengok ada kotak assignment kumpulan lain dengan kertas isi nama. Alhamdulillah miss tak ambil lagi. masa tu dah 3 setengah lebih. lepas tu baru semangat nak submit, pen? Pen! takdak pen pulak dah. nak mintak pinjam tapi tak nak terserempak dengan miss. apalagi, member sis berlari dengan pakai kain pulak tu pergi ke blok kediaman. pinjam dengan student aras bawah. perasaan masa tu berharap miss tak keluar dari pejabat. Alhamdulillah sempat. nampak tak nampak kami tak tahu sebab tingkap cermin gelap. takpelah, janji dah submit.
hal assignment settle, now balik ke hal printer. macam macam perasaan dah sis masa tu. tak berani nak bagi tahu family pasal ni. kenapa cuai sangat. kawasan universiti sis tengah tengah pekan. sis cepat2 naik ke bilik, rehat sekejap lepas tu terus ajak roomate bawak printer seberat 10kg itu turun bawak ke kedai baiki printer. tebal jugaklah muka masa tu sebab tengah ada karnival jualan dekat asrama. orang tengok pelik bawak kotak printer besar gedabak. dahlah baru hari first selepas cuti.
bila hantar ke kedai tu, sis redha kena bayar berapa pun janji boleh baiki. part yang sis tak sangka bila brader yang tengok2 printer sis tu dia siap goncang2 kan printer tu. cari ke benda alah yang halus lah. nampak macam benda senang tapi brader tu sendiri cari tak jumpa2. lepas tu dia adjust macam mana ntah akhirnya boleh guna macam biasa. cuma pin tu tak tahu hilang ke mana. dan tak perlu bayar pun. yeay
so, macam tulah kehidupan sis pada hari tu. penuh dengan kelam kabut. hari masa mari ke asrama ni pun dah penat sangat sebab bawak ke printer tu naik ke aras tiga lepas tu kena turun balik sebab bawak buah duku. berat jugakk. haha.
moralnya jangan buat kerja last minit okey walaupun lecturer bagi tarikh lama. kes sis bukan last minit tapi sebab kesalah fahaman. dah lah masa tu tengah cuti. masing2 pulak duduk jauh. bincang dalam whatsapp je mampu. susah oii.
penat. sangat.
sekarang sis sakit belakang. dah macam orang tua.
k tu jelah. sory takdak gambar. muka penat sangat takda mood nak selfie. hahaha. konon.
ok lah. byebye
*kalau ada typo ke tertinggal perkataan ke ayat belit belitan ke apa mohon maaf lah, malas nak semak. hehe*

No comments: