Nukilan Seorang Perempuan

Hai, assalamualaikum.
Nukilan ini dipetik dari akaun ig @usrahsantai
 
 Perempuan. 
Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.

Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.

Nak jaga hati.

Tak nak lagha.

Tak nak fikir yang sia sia.

Kadang kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.

Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.

Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.

Perjalanan dalam hidup ini jauh.

Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.

Salah satu cabang yang penting.

Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.

Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.

Bila suka jangan terlalu suka.
Bila benci usah terlalu benci.

Selalulah untuk berada di tengah tengah.

Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.

Genggam kemas hati itu baik baik.

Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Ada satu masa.
Allah pasti akan satukan dua hati menjadi satu ikatan yang halal.

Mana yang lebih penting? Berusaha mendapatkan jodoh ataupun berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.



Hadiah Hari Guru

Hai assalamualaikum
Exceli, bukan sis yang nak bagi hadiah untuk cikgu tapi adik sis. Budak ni mintak sis tolong balutkan hadiah untuk cikgunya sempena hari guru yang akan berlangsung esok di sekolahnya. Hadiahnya sebijik je, biasalah budak sekolah menengah. Sis last bagi hadiah ke cikgu masa form one kottt. Teruk nau. Ok, so hadiahnya coklat bar. Coklat mahal kott sebab beli dekat seven eleven. Silap tempat beli. Biarlah. Tak banyak pun, beli yang mampu je. Student kott. So, cadangnya nak buat coklat macam sejambak bunga. Ala, yang biasa kapel kapel beli tu. Suami isteri tu beli gak. Apa apa jela. Haa, macam tu lah plannya. Tapi apakan daya. Haku ni bukan sejenis manusia berjiwa seni. Haha. Nak buat tisu pun tak reti. Nak balut jadi jambak pun tak reti. Berapa puluh kali dah duk ulang ulang video tutorial payah jugak nak follow. Tangan keraihh oii.
Macam ni lah rupa yang kami nak. Sweetkan? Ni kan dah macam nak pi melamar cikgu ni. "oh cikgu, sudikah cikgu bagi A percuma kepada saya?" 
 Bila lah gamaknya pakwe hakak nak kasi cenggini. Kalu buleh nak hok lagi besooorr. Hahaha. Eh, lupa takdak pakwe. Kesian ko mizah. Sokey, nvrmnd
Ni la benda alah yang adik sis sediakan. Empat ketui jah. Lagi seketui masuk perut sis haa. Huahuahua. Plan nak beli lolipop tapi bila fikir balik gigih ke tak cikgu tu nak habiskan lolipop tu. Banyak kot. Kalau bagi ke anak beliau nanti rongak gigi makan banyak banyak. K, alasan je tu.
Tengok tu video siap duk sebelah lagi. Tapi buat tak jadi jadi gak. Feed up pulak kita kan. Rasa nak sumbat je coklat tu dalam mulut. Hehehe
So, sis ingat nak buat sesimple mungkin jelah. Janji hadiah ni selamat singgah di tangan cikgu kesayangan adik hakak ni.

Maka beginilah rupanya dengan sekuntum bunga yang di ambil dari bunga telur kenduri kahwin. Simple kan. Kalau adik sis nak topup pape lantak dia lah. Sis dah malas nak layan. Hehe. Nak tutor gak ke? Senang jah, kau sumbat bahan dalam kertas tu lepas tu kau pulas. Macam gula gula gituuu. Maka siaplah. Gula gula gergasi.

Last but not least, nak ucapkan 
SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di sekolah, kolej, madrasah dan universiti serta juga buat insan insan yang sudi berkongsi ilmu dengan orang sekelilingnya. Jasa anda amatlah dihargai.

K, itu jela cerita tengah malam ni. Huhu.