17 Ramadhan, Salam Nuzul Al Quran

Alhamdulillah, sudah 17 hari umat Islam berpuasa sempena bulan Ramadhan di muka bumi ini. 
pada hari ini juga ialah Hari Nuzul Al Quran dimana berlaku peristiwa Al Quran diturunkan pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum hijrah di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Doa Hari Ke 17
Ya  Allah, Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah
Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan,
Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala
Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan
Keluarganya Yang Suci.

sama sama lah kita manfaat kan hari yang mulia ini. hari ni, family mie adakan majlis tahlil dan majlis khatam quran. nasib mie baik sebab kena hari mie balik kampung.



salam keikhlasan dari

Masih belum terlambat.. SELAMAT BERPUASA


ASSALAMUALAIKUM

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

akhirnya sudah dua hari kita selamat berpuasa tahun ni. fuh! nasib takda apa apa yang terbabas.
hari first puasa mie kat hostel. serius tak best. nak cari tempat berbuka pun susah. siap gaduh lagi. tapi nasib baiklah bukan gaduh besar. bulan puasa tak elok gaduh gaduh kan. hari ni baru tenang mie nak berbuka sebab balik rumah. juadah sederhana je. tak pergi pun kat bazar tadi.
  
di bulan yang mulia ini, mari penuhkan hidup kita dengan ibadah kerana pahalanya berkali ganda dari biasa.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “

Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)


ok la, malas nak taip banyak banyak. mie just nak ucapkan
Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat berpuasa