Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan.

hai Assalamualaikum
Hati mana tak bahagia bila dikurniakan roomate yang baik kan? samalah dengan sis. benda paling bimbang sebelum nak masuk ke alam universiti ni ialah teman sebilik. bimbang dapat yang jenis perangai banyak ke negatif daripada positif. yelah, selalu baca confessions dekat facebook cerita macam macam jenis manusia bila dah masuk u. lagi2 kalau orang macam tu tidur sebilik dengan kita. sis bukanlah dikategori baik baik pun tapi itulah sis pun manusia, masih remaja, bimbang nanti terpengaruh dengan perkara yang tak baik.

Alhamdulillah
setakat ni layanan roomate sis sangat baik. ada yang satu kepala. pernah juga sis risau nak jadi diri sendiri, mana tahu diorang tak sukakan. tapi payah kot nak cover perangai sebenar, nasib baik diorang terima sebab sama sama satu kepala. haha

rasa bahagia kot dapat sebilik dengan roomates kat sini. ingat lagi masa sis di matrikulasi. masa sem satu, roomate sis semua sangatlah baik. rasa bahagia sekejap. ya, sekejap.
masuk sem dua, kami ingatkan dapat bersama lagi. tiba- tiba kami dapat berita yang kami kena pindah bilik sebab masa sis tinggal aras empat. sem dua tu felo minta penghuni aras empat pindah sebab kena tutup kes bumbung bocor. 
sedih sangat masa tu, kami tak sempat ambik bilik kosong, terpaksa masuk ke dalam bilik yang ada kekosongan katil je. kami terpaksa berpecah. sis dengan roomate seorang berpindah ke aras satu. lagi dua berpecah ke bilik lain. sedih sangat.

bila dapat roomate baru, rasa lain sangat. masing masing banyak buat hal sendiri. jarang bercakap, kekok nak bergurau. entah. diorang ok, baik jugak. tapi entahlah. rasa sangat kekurangan. terasa macam orang asing dalam bilik tu. tapi sis tetap bersyukur sebab diorang sudi terima kehadiran kami.

dan di sini. sis dapat roomate yang sangat baik. sama macam perasaan masa sem satu dekat matrikulasi. sis berharap dapat kekal sampai grad, dua tahun pun dah okey sebab kami tinggal dekat asrama dua tahun je and kalau boleh rumah sewa sama sama. 

tapi itulah
perancangan Allah lagi maha hebat.

semalam, dapat berita dari seorang pensyarah. fakulti selain daripada fakulti yang sis join kena berpindah ke kampus lain pada tahun kedua. sebelum ni tak kena pindah pun tapi mula tahun ni banyak sistem baru dibuka. huhu. lagi sekali dihimpit rasa sedih. roomate sis semua fakulti lain daripada sis. hmm

duhai hati bertabahlah. Ujian ni sikit je nak bandingkan dengan orang orang di luar sana. Mungkin Dia tak nak sis terlampau selesa dengan hal duniawi. datang sini nak menuntut ilmu bukan enjoy semata. kan?

huhu
betullah, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. cepat atau lambat. semoga ukhwah sepanjang satu tahun bersama  ini diberkati Allah. serta yang lepas dan akan datang.



Daging Bakar Air Asam

Hai assalamualaikum, first sis nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di dunia.
Bila sebut pasal raya Aidiladha ni kan benda yang paling famous mesti pasal Haji, majlis korban, lembu, kerbau kambing unta sapi blablabla
Tapi sis taknak sentuh pasal tu pun.
Bila musim korban, benda paling banyak dalam peti sejuk semestinya daging korban. Boleh kata seminggu mengadap daging je. Tapi jangan makan banyak sangat tau nanti dapat penyakit.
So kat sini sis nak share makanan favourite sis bila tiba musim ni. Yeah. hee
Daging bakar kunyit cicah air asam. Makanan yang sangat simple, siapa tak reti buat memang..... huhu
Caranya sangat senang. Serius. 
Bahan2nyaa
Daging segar
 (ikut suka daging apa tapi suka daging lembu jeee)
Kunyit, garam
Tu jeee
Bahan air asam
Asam jawa
Bawang merah
Cili api
Gula
Limau kasturi (lemon pun boleh)
Hiris daging jangan terlalu tebal or nipis. 
Ambil sesudu serbuk kunyit dan garam. 
Lumur pada daging. Bakar atas bara api. 
Biarkan sehingga masak. 
Siap
Cincang bawang dan cili api. 
Rendam asam jawa. Ambil airnya buang bijinya 
(itu pun nak kena beritahu ke?)
Letak garam sikit, letak gula sikit. 
Perah air limau. 
Kacau kacau kacau. 
Siap

Makan dengan nasi putih panas panas, fuhhh. haha
Simple sangat kan. Insha Allah sedap.
Selamat mencuba.😁