Best tak belajar dekat matrik?

Hai, assalamualaikum.
Haha, tadi baru je post pasal resepi ni nak post pulak. Bukan apa, sis belum mengantuk lagi, sejak cuti memanjang sis setiap hari jadi burung hantu. Muka pun dah nak macam burung hantu dah. Erkk
Ok, kat sini sis nak share apa ada dekat kolej matrikulasi kelantan sepanjang sis belajar kat situ lagipun tak lama lagi hari untuk korang yang accept nak pi belajar situ dah tak lamakan. All the best lah untuk dah tahniah sebab korang korbankan masa nak berbuka puasa dengan family pada hari pertama but dont worry sebab akan ada hari hujung minggu yang bagi korang peluang pulang ke waktu berbuka puasa bersama tersayang. Hehe. K dah.
Begini, ada junior junior tanya 
"kak mizah, best tak belajar matrik?"
"senang tak nak belajar?"
Blablabla

Ok macam ni, best tak best sebenarnya atas kita. Bagi sis, mula mula tu memang sis rasa macam tak best je, macam tak syok je, macam ngeri je. Yela, sebelum dapat pi matrik, sis mendapat gangguan psycology. Hahaha, bukan gila okey. Kakak kakak sis selalu cerita kawan kawan dia ada yang tak tahan duk matrik. Dua tiga minggu terus check out. Ada yang terlampau stress belajar situ. And bertambah pulak anak makcik jiran depan rumah duk setiap hari call mak dia cakap "mama, adik tak kuat. Adik nak keluar maaa.." menangis maknya masa otp. Makcik tu sendiri cerita dekat mak sis sambil mengalir air mata. Sis yang duk sebelah buat muka budak darjah satu. Tak tau pape. Huhu
Macam tu lah gangguannya, awal awal tu memang sis reject matrik tapi terpaksa accept as backup kalau tak dapat tawaran upu. And yes, sis takdapat upu. Sadis.

Pada hari kejadian sis and family pi lah ke kolej yang baru berumur 2 tahun ni. Dengan muka burn sebab baru balik dari berkhemah. Sebab tu gambar dekat kad pelajar sis hodoh. Lagi sekali sadis.
Naik bilik, sis langsung takdak mood. Muka harimau je. Roomate sis tengok sis masam je muka, dia pun masam jugak. Haha. Lepas je semua settle. Barulah mula bertegur sapa. Bila mula kenal tak garang pun. Mesra dan lemah lembut. Haha. Dalam bilik sis, sis sorang je mulut bising. Bising sangat. Erkk
Oh ya, tu maknanya sis dah bahagia. Haha. Sebab sis bukan jenis homesick. Memang dari sekolah rendah, sis pernah duk asrama sekejap, naik sekolah menengah dari form one sampai form five duk asrama. Masa masuk tu takdenya sis duk celah locker berjebek air mata nangis terkenang rumah. Takdak ok. Sis seorang yang tabah(konoonn). Kalau takda geng sis senyap jelah. Baca buku, tidur. Hmm
So, kalau korang nak rasa bahagia duk tempat orang korang kenalah pandai berkawan. Rajin bertegur sapa. Tahulah sayang geng sekolah lagi tapi janganlah sampai tak nak kawan baru. Sis kat kolej tu ramai kenal kenalan baru. Ada yang dari kelatey of course, terengganu, pahang, kedah, pineng dll. So, sis tak rasa lonely.
Ada yang kata hidup kat matrik ni lifeless.
Memanglah lifeless pun kalau korang bangun pagi, mandi, pi kelas, makan, tidur. Duk rotate benda sama je setiap hari. Dah tu bila outing pulak pergi balik rumah. Memang lifeless. 
Haha. Jadi nak elak jadi lifeless korang kenalah aktif dan semangat sikit. Petang petang pergi lah riadah, jogging ke, main bola ke, badminton, volleyball, panjat bukit, selfie, buat date..eh tak tak, yang tu jangan. Buat benda yang rasa seronok tapi berfaedah. Joinlah kakom untuk minat bersukan. Bila pergi surau joinlah usrah, ceramah ke apa. Join kelab yang ada.  Bila ada yang buat event macam sukaneka, quiz, treasure hunt ke apa, rajin rajin kanlah join. Tapi join join jugak, akademik jangan sampai ke laut. Jangan jangan. Masa kena pandai manage tau. Tersilap langkah, naya.

Panjang dah sis membebel. Dah ni gambar sikit , kalau taip panjang panjang korang bukan baca sangat pun.
Ini masa sambutan bulan kemerdekaan. Kalau dah namanya kolej matrikulasi kelantan wajiblah ada kelab dikir barat. Joinlah, ambil pengalaman.


Ni semasa persiapan sambutan hari raya

Kakak kakak cun semangat. Haha.

Btw sorry takda gambar sambutan tu sebab majlis tu malam hari dan gambar semua tu entah ke mana. 

Sambutan tahun baru cina anjuran chinese students. 

Masa ni program GenQ tak silap. Boleh merasa naik kuda.

Usrah perdana. Setiap hujung minggu akan ada usrah selepas magrid.


Karnival kerjaya. Jangan tanya mana budak budak laki sebab sis pun tak tahu diorang ke mana. Tengah dating dalam mimpi kot.


Sambutan hari raya anjuran Sahabat Al Fateh. Korang joinlah kelab SAF ni sebab banyak kelebihannya. Sis jadi ahli je.

Hari Sukan Negara. Yang ni semua sekolah memang akan ada event ni.

Masa ni Larian Kakom kot. Lebih kurang merentas desa camtu. Best walaupun tak dapat nombor. Hmm

Program ni best, namanya Math Shopping. Kami kena jawab soalan setiap booth, mata yang dikumpul akan dapat hadiahnya. Siapa paling banyak kumpul mata dapat hadiah lumayan. Special dari unit matematik. Amboi, promot ke? Hehe




Program ke luar kolej pun ada. Cuma sis tak join mana. Yang ni pun sis malas gak nak join tapi di paksa oleh member. Dia duk keluar ayat sedih dia "lepas ni kita dah takleh nak keluar sama sama." 
 sis ni kalau dengan member rapat memang cepat rasa simpatinya. Konon. Haha, tapi nasib baik seronok gak lah.

Destinasi pertama kami ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Macam tu lah nama dia atau terbalik. Apa apa jelah. Ni sis first time memanah. Terketaq ketaq tangan. Tapi lama lama sis jadi seronok nak memanah. Macam ketagih pun ada.

Petang tu pergi ke Tanjung Piai tapi malangnya hujan takleh masuk kesiannn.

Paling tak boleh lupa, pergi pasar minggu dalam keadaan hujan. Sis dengan member redah je hujan tu. Dah lah lebat. Masuk dalam bas terketaq ketaq sejuk.



Esoknya p melawat ladang nenas. Gigih betul sis borong nenas kat sini sebab sis memang nenas lover dari dahulu kala.

Lepas tu pergi pusing pusing Johor. Kami bermalam sehari je dekat kolej tu. 

Nak balik tu paling erghh, sis duk area Kuala Berang, bas of course tak lalu area tu. Macam macam alternatif dah sis fikir tempat terdekat. At last, dekat Kuala Terengganu jugak mak pak sis kena jemput sis. Dah lah lewat malam, dengan mengantuknya, dengan nanonya. Haha, pengalaman

Eh, tercerita pasal lawatan pulak. Hee, sorry.

Balik dari lawatan tu, kami adakah aktiviti memanah. Yang kelakar masa ni sis terlampau semangat sampai tak kisah langsung dengan cuaca panas. Balik bilik terkejut tengok muka macam udang terbakar. Esokkan demam panas, selesema batuk semua ada. Tapi sis tetap pergi kelas. Kelas is nombor one! Haha



I
Dinner! Biasanya ada bila nak dekat dekat habis matrik. Dia macam jamuan akhir tahun lah.


Banyak lagi programnya, tak larat nak taip panjang panjang. Yang pasti semua best walaupun agak menganggu hujung minggu tu.

Ok , then kalau masa belajar korang kena serius, jangan buat lecturer sedih tau. Belajar semuanya susah. Masuk matrik ke, universiti ke, form six ke kalau tak rajin, tak berusaha, tak ke mana jugak. Rajin tu penting, tak faham tanyalah, jangan di pendam. Fikirlah masa depan korang, mak ayah korang. Jangan tahu nak enjoy je. Hubungan Allah kena jaga selalu. Ok dearest. 
K tu je, all the best sis ucapkan. Bye bye

P/s: kalau ada typo ke, ayat merapu ke apa. Abaikan jelah. Sis malas nak semak semula. Hee. Lagi satu kalau ada ayat yg mengguris perasaan walaupun tiada kena mengena dengan sesiapa kecuali yang di mention harap di maafkan. K bye. Muahciked





2 comments:

Unknown said...

Wahh sis. Gambar ceq banyakkknyoo.

Unknown said...

Haha, biar gambar tu nampak berseri bila ada priss 😁