Cabaran di Matrikulasi Kelantan

Hai assalamualaikum, semalam dah post pasal event yang ada kat matrik. Hari ni cabaran pulak. Bagi sis tak banyak pun. Dan tak menyusahkan pun. Hehe.

1) kewujudan charlie. 
Kenal charlie? Seranggan kecik yang berbisa tu. Rasanya kebanyakkan tempat belajar memang ada menatang ni. Kalau tak kenal hang pi google. Alhamdulillah setakat sis tak pernah kena bisa lagi. Sebab setiap kali sis nampak je seekor sis terus bunuh. Hehehe. Macam kejam je. Tapi memang betul dia punya bisa tu bahaya. Macam mana sis bunuh? Sis guna sabun yang jenis cecair tu. Biasanya yang sabun basuh baju tu dia tajam sikit. Sis titikkan atas charlie tu lama lama dia mati la. Kalau terkena gak bisa dia pi ngadu ke felo cepat cepat sebab diorang mungkin ada ubatnya.
Kecik kecik cili api menatang ni.


2) ampaian. 
Yang ni pun agak mencabar gak untuk siapa yang dapat aras bawah. Korang penat penat basuh lepas tu pi sidai baju. Bila nak pi angkat kain jadi berlengas sebab apa? Sebab air kain sidai aras atas menitik. Memang sangat menguji kesabaran. Tapi apa sis buat? Sis beli plastik lutsinar yang korang buat alas meja. Bukan yang balut buku teks tu tapi yang tebal sikit. Selepas selesai sidai, korang letak la plastik tu pulak. Selesai masalah.

 3) masalah air.
 Yang ni masalah paling femes. Kat tempat lain pun femes gak. Kat sekolah kalau duk asrama memang selalu macam ni. Tapi bukannya setiap hari takdak air. So nasihat sis bawak baldi lebih or besar sikit. Sis menyesal bawak baldi kecik. Terpaksa lah isi air dalam botol besar. Oh ya, senior korang ada warkafkan (betul tak aku eja ni?) baldi, tikar dan macam macam untuk korang, ambiklah ya. Ikhlas dari kami. Wink

Rasanya tu je cabaran dia. Hmm
Bilik air? Dont worry dear, bilik air kat situ cantik. Sebab kolej baru kan hehehe. Setiap hari akan ada mak cik datang basuhkan tandas, nak harapkan pelajar memang tidok ler.

Kalau korang nak pi outing, perkhidmatan bas ada tapi tu untuk nak outing jauh jauh macam ke kota bharu. Yang dekat dekat korang boleh naik teksi or prebet pun boleh sebab cas rm2 untuk satu hala ke Kok Lanas. Tapi kalau korang naik prebet or teksi ke kota bharu memang mahal ler. Naik bas murah sikit tapi kena berebut la ya. Hehe


Nah sekeping dua suasana kolej matrikulasi kelantan. 
K tu je sekian.

2 comments:

Unknown said...

Sis tertinggal satu bnda, aircond slalu xjadi ����

Unknown said...

Ha ah lah, lupa pulak. Penyelesaianya bawak kipas mini masing2😂😂