Wordless Sunday: Rindu

Rindu geng paling rapat. Anis yang setiap ada je lawak spontan dia. Ira yang sokmo loading bila buat lawak yela, orang lain habis gelak baru dia pick up😂

Rindu roomate sem satu, Aina orang pertama yang dikenali, roomate yang paling comel dan kekadang kelakar. Zakiah yang bising dan kelakar, suka bergaya dan karouke( betul tak eja ni?) dalam bilik. Aqila yang mulanya sangka pendiam tapi rupanya suka menyakat sis serta guru akaun dalam bilik.

Rindu roomate sem dua, Naqi yang suka dengar lagu korea, rajin study tak kira siang or malam dan suka berkarouke dalam bahasa koreanya. Suniesa yang cantik juga sama dengan Naqi suka study sambil berkarouke dalam bahasa siamnya.

Rindu classmate pratikum A3T6, Nat yang comel dan sangat rajin dan selalu genggam 4flat dalam exam. Baa yang cantik dan baik hati walaupun suka menyakat sis. Anatun yang kecil molek tapi mulutnya boleh tahan pedas cili api.

Rindu pratikum gabung A3T5, Siti yang nampak innocent tapi kaki movie. Anis yang baik hati dan seorang kaki video game. Priss yang lawa dan selalu bersemangat buat kerja dalam kumpulan. Suhaila juga kawan rapat Anatun yang suka mengusik sis. Nani yang lawa bersama tabnya. Azzam yang entah pape sekejap baik sekejap sombong.

Rindu pensyarah sem satu dengan sem dua. Madam Juliana yakni mentor A3T6, Miss Izra, Madam Suraya, Madam Tang, Madam Mazni, Sir Wan, Sir Shahrin, Sir Kamarul, Ustaz Amir, Sir Bashiran, Madam Sulastri, Madam Lina

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Rindu classmate kuliah yang tak tertaip nama namanya.😅

Rindu kawan kawan luar kelas. Kenalan baru. Sudi berkawan walaupun berlainan kelas, kuliah, aliran dan blok.

Dan terakhir

Rindu crush🙈 yang mungkin tak dapat jumpa lagi.

Sayang semua 😘😘😘

Tajuk wordless tapi dah macam wordmore. Apa apa jela
Update: dear prissana, jangan merajokk 😭😭😭

2 comments:

Siti.Han said...

innocent ke ambe? :)

Unknown said...

Haha. Tu mula2 kenal la tapi bila tau realiti terkejut jugak 😂