Kelantan Lagi...

Hai assalamualaikum
Seperti yg disedia maklum bahwa hari ni calon lepasan STPM atau setaraf dah boleh mula buat semakan bagi permohonan upu. 
Memang dari dua tiga hari lepas sis takleh bertenang. Berdebar sangat takut tak dapat.  Yelah masa mintak diploma satu pun tak lepas. lepas tu siap bermimpi lagi, dua kali mimpi pulak tu. First mimpi sis dapat tapi tak boleh baca nama universiti dan kos apa yang sis dapat. Serius ngeri. Haha. Yang kedua malam kelmarin. Mimpi dah boleh semak tapi tak jumpa link, lepas tu site crash, lepas tu fon hang lepas tu hancur berkecai fon sis. Gile arr. Haha. Faktor mental tak bertenang punya pasal.


Dan hari ni, maksudnya jam 12 tengah hari tadi sis terus semak. Sebabkan sis tahu link utama upu tu memang akan berat dan lembab sebab ramai orang guna so sis guna link alternatif dari ums. 
Ni tangan ni nak taip nombor ic dengan nombor matrik memang terketar ketar. Dada habis kencang. Serius. Rasa nak pengsan. Basmallah selawat semua dah keluar. Maka keluarlah resultnya.


Jeng jeng jeng







I just be like.. Allah, Alhamdulillah. Baca 3 4 kali sebab nak confirmkan. Terus berlari kat ayah mak bagi tau pasal ni. Lepas tu screenshot post ke dalam group keluarga. Dan yes, responnya..
"Kelantan lagi?"
😐
Dah rezeki kat situ kan. Terima jelah. 
Matrikulasi Kelantan ke Universiti Malaysia Kelantan. Hmm
Sis accept je. Biarlah dekat pun. Jodoh kat situ kot. Huhuhuhuhu



Hospitaliti? Kerja hospital ke apa?
 Agaklah weh. Sis study akaun dari form four sampai ke matrik takkanlah tetiba belajar pasal hospital. Haha. 
Apa yang sis faham pasal perkataan hospitaliti ni ialah sesuatu bentuk layanan baik dalam satu perkhimatan. Industri perhotelan banyak guna perkataan ni kot. Mungkin perkataan hospital di ambil kerana ia sebuah pusat yang menyediakan perkhimatan kesihatan. Kan? Hahaha. Pandai pandai je buat kesimpulan sendiri.


Kenapa tak mintak perakaunan?
Menipu lah kalau tak mintak. Accounting is my first choice. Second, human resource. Third, that hospitality. Maksudnya sis tak dapat perakaunan. Sedih baq hang.😭. (Banyak U tawar kos perakaunan tapi sis tak berani ambil sebab depa nak interview dulu) Faktornya kerana pointer ku tak mengizinkan. Sis tabah. Member sis ramai dapat perakaunan.😢


Camne cara belajar sis tak tau. First time kott. Lecturer cakap u tak sama macam matrik. Nervous oii. 28hb ni dah kena daftar dah. 😭😭


So, itu jelah nak bagi tau. Kepada semua yang berjaya sambung degree kali ni. Tahniah. Anda sangat beruntung. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Yang tak dapat jangan sedih sedih tau tapi nak menangis pun takpa janji jangan putus asa. Rayuan masih dibuka lagi. Banyakkan berdoa. Percayalah, korang tak dapat sambung ke ipt tak semestinya masa hadapan dah jadi gelap gelita. Rezeki Allah itu luas. Ok.


Ok itu jelah kali ni. Good luck semua. Cabaran hidup sebenar dah bermula. huhu.
Apesal ayat aku skema sangat ni? Ape² jelah. Kbye

6 comments:

wansyazdot said...

Haha...tahniah selamat datang ke kelantan

Unknown said...

Haha, terima kasih..
Syazwan dpt tak?

wansyazdot said...

Alhamdulillah dpt melaka

Unknown said...

Bestnya dpt jauh, tahniah 😊

wansyazdot said...

Rezeki...hihi

Unknown said...

Good luck 👍