Lega selepas dapat keputusan.

Alhamdulillah, akhirnya slip keputusan PMR selamat sampai di tanganku. Walaupun keputusanku tidak segempak yang aku nak, tapi aku sudah cukup bersyukur. Mungkin belum ade rezeki untuk aku nak peroleh semua A tapi aku yakin, kalau aku berusaha lebih gigih lagi, In Shaa Allah, keputusan SPM nanti lebih 'uhmm' lagi. *thumbs up*
Sekarang, tengah fikir pasal SPM pulak. Aduiih, aku buka aje buku form4, kepale aku dah naik pening. Sebutir pun aku tak faham, nak- nak dengan formula AddMath, oh gila siott. 
Aku tak dapat straight A sebab aku terlampau leka dari form 1 hingga form 3. So, aku tak nak pisang berbuah dua kali. kalau boleh aku nak dari sekarang aku dah boleh prepare dengan SPM. In Shaa Allah boleh. ^_^

zoom lah kalau nak tengok berapa butir A.

#yang penting niat belajar mesti kerana Allah SWT.

No comments: